Sunday, September 03, 2006



Sedang membaca novel di atas.

Adakah novel di atas mampu mengatasi novel Tenggelamnya kapal Vendarvjik? Imam? Maria? aku tidak tahu...

Mesti ada orang tertanya, apa buang tebiat ke mamat ni baca novel jiwang ni?

Dah lama juga teringin nak baca novel ni,ternyata novel ini memang tiada lagi di toko buku di Malaysia. Tapi baru semalam adik perempuanku yang pulang bercuti dari UIA berkata kepadaku,

"Abang Mi, belilah buku novel ayat-ayat cinta tu, best kawan Nor kata.Kat MPH ada.20 ringgit jer."

Aku pun belilah.

Versi Bahasa Melayu.


Mungkin inilah bacaan santai yang akan aku mulakan sebelum membaca buku yang makin berat, ilmiah.

Oh ya. Kepada bloggers yang 'HANTU BUKU', kalian boleh meminjam buku di Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka.Ianya percuma!
Hanya perlu serahkan nombor IC untuk meminjam.5 buku untuk sekali pinjaman selama 3 minggu.

Dah banyak buku yang saya pinjam.

Ada yang sempat "skip reading" dan ada yang tidak.

Kalau kalian rindukan zaman kanak-kanak, kalian boleh juga meminjam buku di bahagian kanak-kanak.

Banyak buku cerita bergambar.Aku teruja.

Lain kali kalau pustakawan tanya, aku katakan sahaja nak buat kajian atau untuk anak-anak murid saya di sekolah tadika/rendah heheh.
(padahal untuk pengamatan diri sendiri)

Apa apa pun, kerja-kerja daawah harus diteruskan!

(Baca:KERJA dan bukannya sekadar bercakap dan hukum orang itu, orang ini tanpa memahami mereka, membina hubungan rapat dengan mereka)

Aku sisipkan lontaran idea yang AlexUmar lontarkan di blog beliau.(Aku ubah sedikit ayatnya) (minta izin Alex ya?)

"Aku mahu jadi Alim~


"Macam di dalam Al Quran disebutkan "sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara"..tapi kenapakah kita tidak boleh berborak dengan lelaki?"
tanya seorang gadis dengan perasaan ingin tahu yang amat dalam.
Tetapi inilah penjelasan seorang kakak yang thiqah..
"ek eleh..takkan tak tahu..fikirlah sendiri.."

aduh..maka pulanglah gadis itu dengan sakit dihati..persoalan tidak terjawab...yang dapat hanyalah cercaan bagaikan si gadis ini sebodoh manusia..
"fikirlah sendiri"...bukankah bertanya itu salah satu cara untuk menimba ilmu..bagaimana pula mahu "fikir lah sendiri" tanpa ilmu?

Inilah hakikat mereka yang dikatakan "tahu" ..alim.. thiqah dalam bab islam..
Apabila persoalan daripada mereka yang tidak tahu
sering diabaikan.../tidak dilayan, bagaikan mereka yang tidak tahu/jahil/sengal ini..tidak berguna dan tidak akan berguna..

Aduh...

Aduh..

Sakit sungguh hati ini...
Macam mana kita hendak maju kalau sering merendahkan mereka yang rendah...
bukankan tugas kita untuk meyedarkan mereka dari sifat kejahilan?

tolong perjelaskan kepada diri saya~


terasa sungguh hati aku ini."

AlexUmar

No comments: