Tuesday, October 31, 2006

1) Nantikan siri Rakaman Untuk Dunia yang seterusnya - Kembali Kepada Fitrah!
Merangkumi pergolakan masyarakat Islam Malaysia setelah berakhirnya Ramadhan.
Borak santai bersama saudara Elmafraqi.
Borak falsafah musik bersama Enai.
Lagu Retro Nasyid - Raya.
Tazkirah Ramadhan oleh Akhi Faey.



2) Kampung kerinchi dalam kenangan...

Sedar tak sedar, aku banyak dibesarkan di Gombak dan juga kampung Kerinchi.
Mama selalu tumpangkan kami di rumah Acik Faridah tatkala beliau pergi bekerja di Telekom.
Juga sewaktu aku masih kecil, aku sering kesana.Mesti ke sana!
Raya, kenduri, cuti aku terlalu sukakan rumah ke 2 ku itu.

Indah oh indahnya.
Kampung nan damai.

Jiran Acik namanya Hendra.Teman rapat aku di waktu itu,
Kami main sliding menaiki kotak yang dilipat sebagai alas/kereta salji.
Tinggi jugalah bukit tersebut.Wow! seronoknya!

Hendra hebat orangnya.Selalu hutang kat kedai mamak hehe
kenkadang mamanya atau Acik akan bayarkan hutangnya.

Kat kedai mamak tersebut, kami membeli pelbagai gadgets(permainan).
Ada pistol berteleskop dan pelbagai lagi.

Sekarang Hendra menjadi Engineer Besar di Petronas Johor.
Sudah berumahtangga.Aku rumah pun takda apalagi tangga?

Kampung Kerinchi tidak seperti dulu.Kampungnya dah TAK ADA.

Yang ada hanyalah kenangan manis :)

No comments: