Wednesday, October 11, 2006

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Demi
Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang
ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu,
seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar daripadanya."

Masih ramai yang tidak menyedari khasiat madu lebah
dan kepelbagaian kegunaannya dalam kehidupan seharian
manusia. Tidak kurang juga yang menganggap fungsi madu
lebah hanya satu iaitu enak sekiranya dimakan bersama-
sama dengan roti, manisan ataupun dicampur ke dalam
minuman. Sedangkan di dalam Islam itu sendiri ada
menyatakan bahawa madu dianggap sebagai ibu makanan,
minuman atau ubatan.

Sekiranya diimbas kembali sejarah silam dan asal-usul
madu lebah, ia telah dikenali sejak dari zaman Firaun
yang memerintah Mesir 300 tahun sebelum Masihi.

Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas
sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga
Rom. Malah sejarah Islam sendiri ada menceritakan
kegunaan madu lebah di dalam perubatan amatlah masyhur
dan ini bertepatan dengan firman Allah subhanahu wa
taala di dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa
madu itu adalah syifa´ (penawar) kepada manusia.

Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa madu
mempunyai keistimewaan tersendiri dengan nilai-nilai
utama dalam ilmu kesihatan. Di samping itu, madu juga
dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan
cepat memberi tenaga. Oleh itu, kita sebenarnya
digalakkan untuk mengambil madu setiap pagi sebelum
mengambil sebarang makanan.

Pengambilan madu sebelum bersarapan akan menghilngkan
kahak dan mencuci perut daripada cairan yang kotor dan
mengelakkan berlaku sekatan pada usus. Madu lebah yang
dicampur dengan limau nipis dipercayai dapat
menghindari masalah kedinginan serta dapat digunakan
untuk merawat batuk dan sakit tekak. Rasulullah
sendiri gemar mengamalkan minum madu yang dicampur
dengan air sebelum baginda mengambil apa-apa makanan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri, baginda telah
menganjurkan pengambilan madu untuk mengubati sakit
perut akibat daripada cirit-birit. Dalam hal ini
Rasulullah menyuruh mengambil madu dalam jumlah yang
lebih banyak kerana madu dapat bertindak menyingkirkan
apa-apa yang terdapat di dalam perut dan usus.
Terdapat satu punca lain penyakit cirit-birit dan ia
terjadi apabila lendir melekat pada usus besar dan
mengganggu proses penyerapan. Penyakit ini dikenali
sebagai ´cirit-birit licin´ dan madu boleh
menyingkirkan lembapan berlebihan tersebut dengan
memaksa lendir keluar dan menyingkirkannya ke bawah.
Jika selepas pengambilan dos pertama dan kedua,
penyakit masih tidak berkurangan pengambilan madu
perlu diteruskan dengan sebaik-baiknya madu dicampur
dengan air panas. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju
dengan hal ini dan inilah sebabnya mengapa mereka
mengatakan bahawa tubuh perlu dipaksa menjalani
pembersihan perut dengan cara ini.

Terdapat juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah melalui hadis terkenal daripada Abu Hurairah,
berkata Rasululah yang bermaksud, " Sesiapa yang
mengambil madu tiga kali sebulan, dia tidak akan
mendapat apa-apa bencana yang besar". Madu juga dapat
melembutkan rambut dan menjadikannya tumbuh dengan
lebat dan kelihatan lebih cantik. Apabila madu
digunakan sebagai ubat mata ia dapat menambahkan daya
penglihatan. Madu juga boleh digunakan sebagai
pembasuh mulut, dapat melindungi kesihatan gusi dan
memutihkan gigi. Menjilat madu semasa perut kosong
boleh menghilangkan selera makan dan melancarkan
saluran-saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang
dan pundi kencing.

Satu fakta yang menarik ialah, madu dapat membantu
mengurangkan ketegangan tubuh badan dan boleh
digunakan untuk merawat gigitan anjing gila. Selain
itu madu juga boleh digunakan untuk mengubati
keracunan dari cendawan serta boleh digunakan untuk
mengawet daging sehingga dapat bertahan selama tiga
bulan. Malahan madu juga baik untuk meningkatkan daya
hafalan. Apabila dicampur madu itu dengan sedikit air
ia akan menyerap masuk ke dalam darah dalam tempoh
tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
otak.

Lihatlah betapa besar dan agungnya ciptaan Allah
s.w.t, serangga yang kecil mampu mengeluarkan penawar
yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai
ubat dan mampu mencegah pelbagai penyakit. Bukankah
dengan kebesaran ini mampu meningkatkan lagi tahap
keimanan dan kepercayaan kita terhadap Allah Yang Maha
Pencipta.





No comments: