Thursday, November 02, 2006

Korupsi, sub-projek dan taraf hidup.

Sedar tak sedar, kapitalis di malaysia semakin mengganas.
Bermula dari tahun 80han di mana Jabatan Telekom Malaysia,Lembaga Letrik Malaysia, Jabatan Perparitan dan Taliair serta beberapa Jabatan khas membuat pembaharuan dengan menjadi badan SWASTA dengan tujuan untuk menjadi indipendent tanpa memeningkan kerajaan untuk mentadbirnya.

Jabatan ini menjadi SWASTA tanpa persetujuan penuh oleh rakyat Malaysia.
Al maklumlah apabila menjadi SWASTA, bil-bil menjadi semakin mahal walhal perkhidmatan masih di paras lembab!

Bayangkan sekiranya tiada pantauan yang utuh, Sekolah,Hospital,taman permainan dan segalanya menjadi SWASTA.
Ya! tentulah taraf kehidupan di tahap cekik darah!

Jika sebelum menjadi SWASTA, jabatan ini telahpun memulakan korupsi secara kecil-kecilan, apabila menjadi SWASTA pula tentulah mereka ini lagi indipendent untuk melakukan korupsi, super sub sub sub sub sub sub sub projek yang pastinya memungkinkan pertambahan kos asal dan meminimumkan seboleh mungkin kos produksi.

Contoh:

Budget Kos asal untuk membuat 1 CD lagu = 150,000 (Penerbit A)

Penerbit A pergi ke Sutio milik Jurutera Bunyi B untuk berunding soal projek rakaman.

Penerbit A hanya akan memberikan projek berikut sekiranya Jurutera Bunyi kelas B sanggup membayar duit kopi sebanyak RM 20 ribu.

Jurutera bunyi B sanggup!

Jurutera Bunyi B pula memberi peluang(sub projek) kepada Jurutera Bunyi kelas C untuk melakukan rakaman berikut dengan harga RM 50 000.Jurutera Bunyi kelas C sanggup!Jurutera kelas C pula memberi peluang kepada Jurutera Bunyi kelas D dengan harga RM 20 000.

Jurutera Bunyi D sanggup!

Makanya, projek rakaman yang dihebohkan secara umum kepada orang ramai (yang harganya bernilai 150 000) bukanlah bernilai sedemikian sebenarnya.Nilainya menurun ke tahap RM 20 000.

Pelaburan Projek RM 150 000 untuk hasil rakaman bernilai RM 20 000.
Pelaburan yang MAHAL untuk kualiti yang murah.

Jurutera Bunyi D harus dikerahkan untuk bertungkus lumus menghasilkan rakaman bernilai RM 150 000.
Beliau dikerahkan oleh Jurutera Bunyi C.Jurutera Bunyi C dikerahkan oleh Jurutera Bunyi B.

Jika Jurutera Bunyi C enggan lagi berurusan, Jurutera Bunyi B akan terus kaku dan buntu lalu mencari Jurutera baru yang lain untuk diberikan peluang...

Projek ini memakan masa yang sangat panjang.

Hmm... patutlah kenapa Projek Mega masih di tahap kualiti yang menghampakan...
dan projek MASIH TERKIAL-KIAL LAGI!


Kembalilah Kepada Fitrah.

No comments: