Wednesday, January 17, 2007

Moh kite main Futsal !!!

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Berita baik untuk para penggemar dan penggiat Futsal!

Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Pusat (DACS) dengan kerjasama Jawatankuasa Sambutan 20 Tahun ,Harakah akan menganjurkan Kejohanan Futsal di seluruh negara bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-20 suara rasmi PAS - Harakah.

Kejohanan yang akan berlangsung mengikut zon itu bermula pada Ahad, 4 Februari 2007 bagi zon tengah yang merangkumi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak Selatan, 3 Mac 2007 bagi zon utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak Tengah dan Perak Utara), 31 Mac 2007 bagi zon selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), dan 6 April 2007 bagi zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu).

Menurut Pengerusi DACS, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, acara akhir (grand finale) kejohanan futsal itu akan dilangsungkan di Kota Bharu pada 7 April 2007.

Bagi zon tengah, kejohanan futsal ini akan diadakan di Sport Planet, Ampang dan dijangka menarik penyertaan 128 pasukan.

Yuran penyertaan adalah RM200 bagi satu pasukan yang menawarkan hadiah wang tunai RM2500 untuk tempat pertama, kedua (RM1500), ketiga (RM600), keempat (RM400) dan tempat kelima hingga kelapan (RM200).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Februari dan undian pada 3 Februari 2007.

Pasukan futsal yang berminat mengambil bahagian diminta menghubungi Abdul Latif (019-3922736) dan Nizam (019-2779692).

Menurut Ustaz Mohd Firdaus, 4 pasukan teratas setiap zon layak ke peringkat 'grand finale' yang akan diadakan di Kota Bharu pada 7 April akan datang.

"Saya menjemput pasukan futsal yang ada di seluruh Semenanjung agar menyertai kejohanan ini. Pemuda PAS Kawasan juga boleh membentuk pasukan futsal bagi menyertai kejohanan ini," katanya kepada Harakah.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah jurulatih profesional, Azman Haji Eusoff. Azman yang juga Timbalan Pengarah II DACS pernah membimbing beberapa pasukan bola sepak negeri dan kelab bolasepak tempatan.

sila download borang di bawah (right click-save as or open in new window)

Borang penyertaan Futsal 20 tahun Harakah

No comments: