Thursday, February 08, 2007

Beralah bukan bererti mengalah..

Sewaktu kecilku, aku dididik dengan sifat supaya beralah.

Aku sering beralah.

Ketika aku di usia 4 tahun, satu-satunya permainanku telah diberikan
kepada sepupuku yang berada di kampung.

Sedang enak anak kecil diusia 4 tahun berseronok bermain model lori dan popaye, kedua-dua mainannya disita, namun anak kecil itu rela.Bertahun juga anak kecil itu menunggu untuk mendapat galang ganti bagi kehilangan yang teramat dalam bagi 'favourite toys 'nya.

Aku tak nafikan, sewaktu remaja, penampilanku agak menonjol, namun disebalik penampilanku itu, apabila aku berada di kelompok orang yang biasa-biasa sahaja, aku kawal diriku agar tidak terlalu menonjol agar tidak merendahkan sahabat-sahabat yang lain.

Sewaktu di sekolah menengah(sebelum kedatangan islam dalam hidupku)
aku beralah dengan sahabatku yang terlalu mahu memiiki bunga idamannya.
Aku pendam sahaja agar sahabat aku bahagia. Aku rela.

Sewaktu bekerja, banyak juga idea karyaku yang hebat-hebat belaka, tetapi apabila
bertembung dengan idea-idea di pihak lain yang tak kurang hebatnya, aku beralah jua.

Beralah, aku sering beralah hingga apabila aku ingin membangunkan ego
untuk memperjuangkan idea kreatif sendiri pun aku rasa bersalah.

Takut-takut melukakan hati pihak sebelah.

Aku beralah supaya semua orang bahagia.

No comments: