Wednesday, February 07, 2007

Mencari Jalan Pulang (Tazkirah tertunda oleh Akhie Faey 2003)

"What is real? How do you define real? If you're talking about what you can feel, taste , smell or you see, then 'real' is simply the electrical signals interpreted by your brain".

Bagi yang meminati filem yang pernah meletup suatu ketika dahulu, "The Matrix", pasti pernah terlintas ungkapan kata-kata ini dari mulut watak utama, Morpheus kepada Neo dalam memberi penjelasan tentang kehidupan yang hakiki. Idea yang timbul suatu ketika dahulu dalam alam falsafah bahawa dunia ini tidak 'real' telah disokong oleh ahli-ahli sains termoden. Dan ini sudah tentunya di benarkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa melalui lidah junjungan kita, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam. Firman Allah Ta'ala:-

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabbmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan "(ArRahman:26-27)


"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."(AlHadid:20)

Bahang kehadiran Ramadhan masih lagi hangat terasa. Insan-insan yang mendambakan kehidupan yang lebih hakiki dan lebih 'real' akan cuba sedaya upaya menggunakan peluang keemasan dibulan Ramadhan yang lalu untuk mengmpul sebanyak mungkin 'harta' tawaran dari Allah bagi menjadi tukaran untuk membeli kehidupan diakhirat kelak. Maka teramat rugilah barangsiapa yang berlalu Ramadhan padanya sedang dia tidak berusaha untuk mendapat ganjaran-ganjaran dari Yang Esa. Moga-moga tahun hadapan, Allah masih sudi untuk memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang dirindui.

Bekalan terbaik ialah taqwa.
Aidul Fitri yang lalu, menjanjikan mimpi-mimpi indah bagi sebahagian daripada kita. Maklumlah, disaat inilah, ramai daripada kita akan pulang beraya kekampung halaman bertemu sanak saudara. Bak kata almarhum Sudirman Hj Arshad dalam lagunya yang famous lagi glamour, "Oho O.. Balik Kampung..Oho..O..Balik Kampung, Hati Girang."

Keringan itu pasti lebih dirasai oleh mereka yang tinggal berjauhan dari keluarga. Pertemuan hanya berlaku setahun sekali. Berkerja di KL, tapi keluarga di Kelantan, Terengganu, Perlis, Johor dan sebagainya.Belajar di Australia, keluarga di Malaysia. Kerinduan pasti membara.

Bagi yang pulang kekampung dan terpaksa melalui perjalanan yang jauh, sudah menjadi kewajipan baginya untuk membuat beberapa persediaan untuk menjamin kelancaran perjalanan menuju kedestinasi.Keselamatan kenderaan dipastikan, baju dan seluar dikemaskan dalam beg pakaian, tidur yang cukup untuk kesegaran, air dan makanan untuk bekalan.

Sesungguhnya perjalanan kita yang sebenar tidak jauh. Hakikatnya hidup didunia ini adalah suatu perjalanan menuju kesuatu destinasi yang kekal abadi. Suatu perjalanan yang menuntut kepada perbekalan. Andainya perjalanan ke kampung menuntut kepada kita untuk mencari bekal dan persiapan, maka perjalanan menuju kenegeri abadi lebih-lebih lagi.

Firman Allah Ta'ala yang maksudnya:- "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan berpuasa keatas kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu beroleh taqwa." Al Baqarah
Ibadah puasa yang kita baru tempuhi tidak lama lalu mempunyai suatu objektif yang amat mulia. Allah menghuraikan dalam ayat ini, bahawa salah satu daripada objektif puasa dibulan Ramadhan ialah untuk mencapai darjat taqwa.Puasa yang sempurna dengan menjaga hukum syara’ dan hakikatnya akan melahirkan insan yang muttaqun (orang-orang yang bersifat taqwa). Taqwa mempunyai pelbagai maksud. Antaranya ialah pelihara atau cegah.:-
i) Orang yang bertaqwa memelihara dirinya dengan melakukan perintah Allah
ii) Orang yang bertaqwa memelihara dirinya daripada melakukan larangan Allah
iii) Orang yang bertaqwa memelihara hubungan cinta dan kasihnya terhadap Allah.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud, " Dan ambillah bekalan, maka sebaik-baik bekalan ialah taqwa."

Sebagai 'amilin atau pekerja dalam dunia dakwah, setiap daripada kita haruslah berusaha sedaya upaya mengejar darjat taqwa dalam kehidupan dengan menjaga 3 perkara diatas.
Kita sudah pun melalui banyak siri usrah, tamrin, liqo', nadwah, Winter Camp, Spring Gathering, Summer Camp, bengkel, ceramah, tazkirah dan seumpama dengannya.

Kita sudah melalui Ramadhan saban tahun. Persoalannya, sejauh manakah latihan dan tarbiyah Ramadhan dapat memberi kesan kepada taqwa kita?!
Ayuhlah teman-teman dan sahabats yang dirahmati Allah, ayuhlah kita cari bekalan taqwa dalam kita Mencari Jalan Pulang.

Contohi peribadi Rasulullah dan para sahabat
Firman Allah Ta'ala :-

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu'min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar."(AlFath:29)

Dalam kita meneruskan pencarian kita untuk Menuju Jalan Pulang, tidak dapat tidak, kita amat memerlukan kepada seorang penunjuk jalan. Perjalanan nak balik ke kampung halaman, sudah tentu nak kene selalu tengok signboards. Kalau kita nak balik ke Kota Bharu, kene ler ikut signboard ke Kota Bharu. Kalau kampung kita kat Paris ker, Amsterdam ker, Denmark ker, maka yang bawak kereta tue kene le ikut signboard dia betul-betul.
Begitulah juga perjalanan menuju ke negeri abadi. Tidak ada jalan yang lebih canggih dan lebih benar daripada perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahualaihiwasallam. Perjalanan inilah yang menjadi model ikutan oleh para sahabat radhiyallau'anhum ajma'in. Maka tidak hairanlah jika Allah cuba bermanja dengan mereka dengan menyebutkan dalam firmannya:-

"...Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya..."(AlBayyinah - 8)

Bagaimanakah caranya untuk kita memperolehi redha Allah? Ianya tidak semudah kata-kata dan tidaklah seindah yang disangka.Redha Allah akan menjelma seandainya kiat menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Yasir sekeluarga, Abdul Rahman Auf, Bilal, Hanzalah, Mus'ab, Mu'az, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan banyak lagi, pengorbanan mereka bukanlah sedikit. Darah yang mereka bayar untuk syurga bukanlah sedikit. Harta yang mereka korbankan bukanlah sedikit. Masa yang mereka berikan bukanlah sedikit.
Bayangkanlah andainya di padang mahsyar kelak, kebetulan taqdir Allah membangkitkan kita disebelah Saidina Hamzah bin Abi Tolib, dimanakah kita nak meletakkan muka kita ini bila dia bertanya kepada kita, apakah bekalan yang kita bawak untuk bertemu Allah? Dimanakah kita nak meletakkan muka kita yang sudah sedia tebal seinci ini?
Ayuhlah kita melipatgandakan usaha kita untuk Mencari Jalan Pulang.

Hakikat Jalan Pulang - penuh onak duri.

Firman Allah Ta'ala yang maksudnya,"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu, keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu."Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta."AtTaubah42

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi Allah,
Suatu perkara yang perlu kita sedari bahawa apabila kita meletakkan diri kita diatas jalan yang diimpikan, maka segala mimpi ngeri akan menjengah kedalam mimpi kita. Tidur yang lena sesekali akan diganggu oleh visual-visual yang menakutkan. Perjalanan yang lancar, sesekali akan tersekat oleh masaalah dan problem.Kehidupan yang indah ini sesekali akan dicubai dengan mehnah dan tribulasi.
Sebagai musafir di Jalan Pulang ini, kita wajiblah membekali diri kita dengan bekalan taqwa yang sempurna dan peralatan ilmu tentang Islam.Tidak kurang pentingnya juga ilmu-ilmu tentang keunggulan junjungan nabi besar kita Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam dan para sahabat.

Cukuplah sekedar itu, kudoakan agar diriku ini dan diri kalian akan berjaya bertemu Jalan Pulang.



Sajak "Mencari Jalan Pulang" dikarang oleh MQZ 18-NILAM PURI (199?/2000)
Deklamasi oleh dhuat (2001-2002)


powered by ODEO

No comments: