Saturday, March 10, 2007

(Lagu berikut bakal dirakam oleh geng Dhuat tak lama lagi. Kene ajak meow-soleh, azizi and paiji pi studio jamming/recording balek macam kita muda2 dulu hehe..Lagu REBEL BEB!Paiji sedang menyiapkan lirik Rasuah insyaallah, ku tunggu jua liriknya)

Tajuk:JANGAN BERZINA


SUDAH BERKALI KU DENGAR
SUDAH PUAS KU LIHAT
DAN TELAH SEBATI DALAM MASYARAKAT
ADA YANG MENCEMUH
ADA YANG SUKA
ADA YANG MALU
ADAKAH YANG BERFIKIR?


MANA JATI DIRI MU YANG DULU-DULU
MANA MALU MU PADA ORANG TUA-TUA
MANA PERGINYA TERTIB MELAYU MU
YANG SELALU DIBANGGA-BANGGA PEMIMPIN MU
KE MANA SEBENARNYA HALA TUJU MU...


ATAU MUNGKIN TERLALU MUDA
UNTUK MENJADI HAMBA
INGIN MENUNGGU PUASNYA SEGALA HALWA
KALAULAH PUAS
KALAU TAK PUAS-PUAS?


DALAM MENCARI DI MANA SILAPNYA
MERENUNG DENGAN ILMU-ILMUNYA
MELIHAT JAUH KEDALAM MATA HATI
MEMBUANG SEGALA NAFSU SYAHWAT YANG
AKAN MENYEKAT SEGALA KEBENARAN.


BUKAN KERANA BUTA
BUKAN KERANA JAHIL
BUKAN KERANA INGKAR
TAPI KERANA TERLALU MENGIKUTI
TANPA SEDAR KITA SUDAH TERLALU JAUH
MUNGKIN JAUH KE DALAM LUBANG CACING
MACAM YANG TELAH DIUCAP NABI DULU.

PROSA:Lutfi WM
RITMA:Dhuat



Nota oleh Ahmad WM saudaraku.
(Saudara Ahmad WM mempunyai kembar.Kembarnyalah yang merangka lirik mantap ini)

Melayu Dari Kaca Mata Lutfi WM
Saudara kembar penulis bukan seorang penulis tetapi dia sangat berminat dengan sastera melayu dan kami sentiasa membaca dan bertukar-tukar bahan bacaan sejak daripada zaman sekolah menengah lagi. Dia jarang menulis, tetapi seingat penulis semasa di sekolah menengah dulu dia pernah menghasilkan sebuah cerpen yang sangat saya kagumi dengan cara penceritaan dan laras bahasa yang digunakan. Kami menghantar cerpen itu kepada guru yang bertanggungjawab kepada sidang redaksi majalah sekolah, tetapi cerpen tersebut tidak disiarkan. Penulis berasa sangat kecewa, lebih-lebih lagi apabila melihat cerpen yang tersiar adalah jauh terkebawah mutunya daripada yang ditulis olehnya.

Dua hari lepas saya membuka komputer peribadinya dan menjumpai sebuah sajak yang saya suka. Saya bertanya mengenainya pada dia. Lalu dijawab, dia menulisnya selepas dia terlalu kecewa kerana melihat sepasang anak muda melayu-Islam yang tidak segan silu berpeluk dan bercium di khalayak. Saya yakin dia menulis puisi ini dari bisikan hatinya dan saya juga telah mendapat kebenaran daripadanya untuk disiarkan di sini.

(sini=http://nafastari.blogspot.com/)

No comments: