Wednesday, March 21, 2007

PANDUAN: SMART WRITING (sumber:http://mynisa.multiply.com)

Ramai orang amat benci menulis, malas menulis surat, memo, kertas kerja, assignment, ataupun satu laporan...kadang-kadang buat modul pun malas. Alasannya ialah, biarlah orang lain yang lakukan, aku bukan ahli yang layak untuk menulis, ader plak yang kata tulisan aku tak berapa baik, tak sedaplah ayat aku, ngan menafikan kehebatan sendiri dan memuja penulisan orang lain. Ia tidak perlu begitu, dan ianya boleh diatasi dengan sedikit kesabaran dan
latihan.
 
Siapakah penulis yang lemah? Penulis yang lemah ialah seseorang yang tidak mahu diri mereka difahami. Sebenarnya, melalui penulisan seseorang. Kita dapat mengenali isi hatinya dan kenali siapa dia...tak percaya cubalah bandingkan hasil tulisan Yusuf Al-Qardhawi ngan Pahrol Md Juoi...bezakan...dan kamu dapat agak mereka tue orang yang macam maner. Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan yang lemah berlaku dengan meluas.
 
Pertama, kita mewarisi banyak amalan menulis dengan lemah daripada orang lain. Bahasa yang berbunga-bunga, berjela-jela, dan bunyinya mcm hebat dianggap sebagai tanda celik huruf di abad ke 19 nie. Untuk berkata, ‘Di sana kita dihamparkan dengan mehnah dan tribulasi yang menjadi asam garam dalam perjuangan’ dianggap sebagai lebih unggul daripada berkata, ‘Halangan Dalam perjuangan’. Kebanyakan latihan kita di peringkat sekolah juga menggalakkan kita menggunakan perkataan yang bombastic dan ungkapan seperti di negeri kayangan sedangkan menulis secara sederhana adalah lebih baik. Perkara begini turut berlaku kat universiti ngan institut pengajian tinggi kita sekarang...ruginya. Abad ke 20 agak berbeza sedikit, perubahan teknologi yang hebat menyebabkan kita susah nak menyembunyikan sesuatu di sebalik penulisan
kita. Percaya tak percayalah, email kita pun orang lain boleh baca, dan kalau kita tengah tension org boleh tahu dengan melihat tulisan kita sahaja...contoh kat dalam siri CSI.
 
Satu lagi punca kita mempunyai penulisan yang lemah ialah keinginan untuk menarik perhatian di antara satu sama lain dengan perbendaharaan kata kita. Para penulis kertas kerja dan artikel akademik sering confius dan menjadikan konsep yang mudah menjadi susah disebabkan bahasa dan tulisan yang susah untuk difahami.

Pemikiran yang berserabut juga merupakan punca penulisan yang lemah. Penulisan adalah luahan fikiran, dan isi hati seseorang. Sekiranya fikirannya lemah dan hatinya gundah gulana dah tentu penulisan juga lemah dan huru-hara. Adakalanya, percubaan untuk menyembunyikan kebodohan atau kebolehan menyelesaikan masalah menyebabkan penggunaan bahasa yang berjela-jela. Menutup fikiran anda, hanya akan memperdayakan pembaca yang paling mudah tertipu. Orang lain mungkin tidak memahami anda, tetapi kebanyakan mereka akan menyedari bahawa anda tidak mahu mereka memahami anda.
 
Memperbaiki penulisan anda, samalah seperti belajar cara berjalan dengan merangkak, berjalan perlahan dan berlari. Menulis adalah cara berkomunikasi yang melibatkan ketajaman fikiran (genius), pertimbangan wajar (rationality), dan membezakan antara orang dewasa dan seorang kanak-kanak (maturity). Menulis sebenarnya excercise yang baik untuk otak kita, di samping menggunakan seluruh pancaindera yang ada seperti sentuhan tangan dan penglihatan.
 
Peraturan untuk menulis adalah simple dan jelas, panduannya
adalah seperti berikut:
1. Membuat Perancangan:
Nak tulis apa? Memo?Surat?Tazkirah?Kertas Kerja? Memo? Atau Laporan?
Untuk Siapa?Kawan?Keluarga?Organisasi?Pelajar?
Isi penting? Contoh? Relevansi?

Jika anda terpaksa menulis sebuah laporan yang panjang, rancang dan draf dahulu. Masa yang diluangkan untuk menulis akan menjadi lebih bernilai. Mengumpul fakta dan menyusun sebelum anda menulis akan memudahkan anda untuk menulisnya.
 
2. Gunalah seberapa banyak kertas yang anda suka, buat fish bones, mind map, carta, jadual, dan aper sahaja yang logik anda buat dengan kertas tue...conteng sajalah. Tinggalkan beberapa ruang kosong untuk buat semakan pada draf tersebut. Sekiranya
ok...tak perlu salin balik...gunakannya terus. Menulis memberikan ruang kebebasan untuk anda membenarkan pemikiran anda mengalir tanpa sekatan.
 
3. Fokus pada pembaca anda. Apakah maklumat yang ingin anda sampaikan kepada mereka. Apakah pendekatan yang terbaik untuk tackle hati mereka. Bercakap dengan gaya bahasa mereka...kalau nta, gunakan ntalah, kalau orang yang kita kenal gunakanlah awak ker, kamu, anda dan perkataan yang sesuai. Nyatakan tujuan utama dari mula dan terangkan secara teratur.

4. Jangan gunakan perkataan yang tidak perlu. Ringkaskan penulisan anda membenarkan perkara penting terserlah. Setelah menulisnya, semak dan padamkan apa-apa perkataan yang tidak perlu. Ia mendatangkan banyak faedah untuk gaya penulisan anda.
 
5. Biarkannya ringkas. Menulislah dengan tujuan mencari keredhaan Allah dan membuktikan kebenaran kalimah-kalimah Allah dan Sunnah RasulNya dan bukannya untuk menarik perhatian. Guna ayat, perenggan dan perkataan yang pendek-pendek. Bermadah tidak
bermakna dapat menyatakan sesuatu dengan jelas. Setiap ayat harus menyampaikan satu makna dan setiap perenggan seharusnya untuk satu isi penting. Biasanya, walaupun tak selalu...ayat pertama adalah ayat tajuk.
 
6. Elak gunakan perkataan yang samar-samar. Walaupun kadang-kadang semua perkataan adalah samar...tak selalu. Tulisan merupakan komunikasi sehala iaitu pembacanya tidak memerlukan penulis untuk menerangkan apa yang ditulis. Semua kita pernah mengalaminya...iaitu tidak faham dengan apa yang ditulis dan membuat pelbagai andaian dari tulisan tersebut. Sesetengah sebenarnya ditulis dengan niat yang lain iaitu untuk menunjuk-nunjuk betapa luas perbendaharaan mereka dan ilmu mereka...tue jadi tak sedap dibaca.
 
7. Tulis ikut cara anda sendiri...be free. Menulis menunjukkan pemikiran anda yang sebenar di atas sehelai kertas. Tulis ikut cara anda bercakap dan mudah difahami. Apabila kita menulis seperti gaya kita bercakap, gaya penulisan kita cenderung untuk menjadi lebih bertenaga, tepat dan aktif. Kadang-kadang dominanlah jugak...sehingga ada yang tertarik dan sanggup buat koleksi yang bernilai...
 
8. Jangan memandang rendah kecerdasan pembaca atau menjangka pengetahuan mereka. Tulislah secara terus terang dan mudah difahami...menulis mengikut tahap pembaca tue lain plak ceritanya...
 
Sebenarnya, banyak buku yang mengajar cara menulis, dan tajuk penulisan yang berkesan. Beratus-ratus ribu...trilion...jutalion lah jugak. Tapi, pilihlah cara yang sesuai dengan diri anda supaya dapat digunakan untuk mendidik generasi Islam dan kebangkitan Islam semula. Jika anda menulis atau forwardkan hasil tulisan orang lain pastikan ianya jelas dan benar...jangan mudah tertipu oleh tulisan yang tidak jelas dan nyata.
 
p/s: kita bleh tahu siapa seseorang tue melalui tulisannya...

Wassalam
 
Bacalah seratus buku sekalipun...belum tentu anda dapat menulisnya walau sebuah...jika anda tidak mula menulis

No comments: