Thursday, April 26, 2007

Ulang tayang artikel klasik dhuat.

Nyah Rutin.



kebiasaannya kita melakukan sesuatu yang sama setiap bulan.

Kali ini, saya akan mengajar contoh2 nyah rutin yang boleh menceriakan anda.

1) Amik cuti sesuka hati. Dan lakukan perkara halal yang ingin anda lakukan.
contohnya main layang2, makan nasi lemak kat tempat yang asing(tak pernah pergi)
naik keretapi ke seremban dan fikirkan masa depan(yg dicatitkan dalam buku nota kecik)

2) Check direktori kawan lama/ex uni/ex officemate/ex usrah member.Call and tanya khabar dia.

3) Pergi ke tempat anda dibesarkan.INI SELALU BERKESAN untuk menaikkan semangat.
teringat kawan2 lama, galah panjang,konda kondi,main longkang...
pergi ke tempat lama ini sungguh menenangkan.

4) Tengok/baca rancangan cerita yang kita selalu ignore.
Bagi peluang kat rancangan tv tu.mana tau best la pulak layan.

5) Tingkatkan amalan2 baik(ni aku takyah explain) to purify your heart.

6) Rancangkan/slotkan prgm ziarah family/kawan lama di sepanjang tahun.
Aku tahu korang bz ngan prgm daawah tapi diorang ader hak jugak ntuk diziarahi.

7) Parents. luangkan masa. amik cuti ntuk spend time tolong dia basuh baju,
masak,buang sampah.layan cerita dia, layan program tv filipino dia.

8) Kemas bilik(untuk lelaki shj) ntuk buang yang kusut di minda.

9) Duduk tempat asing n perhatikan gelagat2 manusia.fikirkan mengapa dia jadi begitu n dia kerja apa.apa background dia.Apa sumbangan anda untuk membantu orang sepertinya.

10) Open up. Tak ada yang lain selain mendapatkan keredhaan ALLAH.Pertingkatkan keupayaan diri.Tambahkan ilmu di dada.Amalan sunat.Hafalan Quran.Dalamkan pemikiran.mantapkan kesihatan tubuh badan.Tajamkan minda.Tambahkan ketahanan diri mental,rohani n fizikal.

11) Get a diary!!!



Serlahkan JIWAmu

Pernah dengar tak istilah bangkai bernyawa?
Kenapa dia jadi begitu?

Ya, kerana rohnya mati.

Aku memang akui, cara terulung adalah dengan penyerahan total kepada ALLAH.
Doa, Baca Quran, Solat

Namun di sini, ingin aku suntik beberapa cara alernatif ntuk membangkitkan semangat.

1)Pergi ziarah tempat kamu dibesarkan-kenangan indah
2)Lihat foto lama yang membangkitkan semangat juang,setiakawan.
3)Lakukan perkara yang kamu passion mengenainya.

Aku terangkan lebih lanjut mengenai no 3(kredit to Enai kerana mengajarkan)

Benda yang passion ni adalah perkara yang kamu lakukan dengan begitu obsess dan teliti juga bersungguh kerana temui kepuasan.

Aku bagi contoh seperti rakaman,gerdening,bersukan,menjahit,memasak,berbasikal,camping,outdoor games,pS2,

atau apa sahaja perbuatan yang menyegarkan jiwa seseorang.

Perbuatan ini akan menjana tenaga kepada keseluruhan prestasi tenaga/minda/fizikal/roh seseorang.

Contohnya Abu, dia telah meninggalkan nyanyian karaokenya yg selalu dinyanyikan berseorangan di dalam biliknya selama 3 tahun nan lalu.

Sahabat baiknya mendapati bahawa Abu telah kehilangan jiwanya merangkap terus kepada kelesuan pada fizikal Abu.Kerja daawah Abu tak seperti dahulu... lemah dan tak bermaya.

Maka, sahabt2 baiknya telah membuat suprise lalu menjemput Abu supaya datang ke rumah Ahmad dan melakukan rakaman.

Hasil yang hebat! seminggu selepas itu Abu begitu bersemangat dan dia berterima kasih kepada sahabat2nya kerana mengingatkan akan hobinya yang memang menjadi sebagian dari hidupnya lantas membangkitkan semagat sedar dan bawah sedar ke atas diri Abu.

Hobi Abu bukanlah merupakan perkara yang laghro, tetapi ia merupakan suatu caj2 yang positif yang lama tidak dicajkan, menyebabkan prestasi daawah Abu di tahap yang lemah.Terkadang kita lupa, mungkin juga mengabaikan, akan hobi2 yang kita sangat2 suka sehingga membuatkan mood diri kita di tahap yang minimum.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menafikan teknik ulung untuk menaikkan semangat, tetapi ia bertujuan untuk membuka perspektif baru serta sekadar berkongsi "pendapat".



Long distance journey.

Naik bus express.

Kuala Kangsar/Kelantan/Georgetown/Terengganu/Alor Star dan apa jua destinasi anda...

Untuk menjaga hijab ikwah/akhwat perlu memastikan bhw tempat duduknya tidak bersebelahan dengan yang bukan mahram.

Tempat duduk memang boleh ditukar tempat/nagociate sama ada semasa membeli tiket atau semasa mula2 mendapat tempat duduk.

Rata-rata mereka(penumpang) bersetuju untuk menukar tempat duduk kecuali sebahagian yang telahpun berjanji untuk duduk bersama couple masing2 tanpa memperdulikan batas2 hijab.

Syarikat pengangkutan awam yang prihatin juga akan mengelakkan bukan mahram duduk bersebelahan, tetapi syarikat sebegini amat sukar didapati.

Terdapat juga bas "executive coach" yang menyediakan satu tempat duduk individu (single seat)

Ada juga parents yg concern sehingga membelikan 2 tempat duduk(berpasangan) untuk anak gadisnya.

Kalaula Islam memerintah, pastinya mahram merupakan syarat untuk membeli tempat duduk bersebelahan.


Sekadar renungan.
p/s:Alhamdulillah di Kelantan sekarang ini memang disediakan bas ekpress khas untuk wanita.

No comments: