Tuesday, May 22, 2007

When Haraki blends with Sufi - i like!

Hasil dotrin inggeris, memisahkan hal ibadah masjid dan pentadbiran.

Ini berlaku di semua takluk jajahannya.

Haraki dan sufi seolah dipisahkan jua.

Kita terikut rentak mereka.

Walhal kita dijadikan di bumi ini untuk menjadi khalifah.

Peranan Khalifah adalah untuk menjaga Agama dan mentadbir dunia.

Politik dan sufi memang tak dapat dipisahkan.




Aku kepilkan wasiat Hassan Al Banna.(Setiap 100 tahun diutuskan seorang manusia unggul!)

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA (Ringkasan)
1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat.
2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik, berzikir dan jangan membuang masa.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana itulah syiar Islam.
4. Kurangkanlah pertengkaran kosong.
5. Kurangkanlah ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu pastinya selalu tenang lagi tenteram.
6. Kurangkanlah bergurau kerana umat yang sedang dalam perjuangan itu pastinya berkeadaan bersungguh-sungguh.
7. Berbicaralah dalam nada suara yang sederhana, yang diperlukan oleh pendengar agar tidak sia-sia atau menyakiti hati orang lain.
8. Jangan mengumpat.
9. Mudahkan diri untuk berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Bijaklah menggunakan masa kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.
SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN
Siapakah Hassan al-Banna?
Pengasas Ikhwanul Muslimin, juga Mujaddid kurun ke-14 Hijrah.

Bilakah Hassan al-Banna dilahirkan?
1906 di Mahmudiah dekat Iskandariah, Mesir.

Apakah pekerjaan bapanya?
Tukang jam. Juga imam dan guru al-Quran.

Bilakah Khilafah Islamiyyah jatuh?
1924

Bilakah Ikhwanul Muslimin ditubuhkan?
1928 di Mesir.

Siapakah penyusun al-Ma’thurat?
Hassan al-Banna.

Apakah organisasi yang pernah dianggotainya?
Persatuan Akhlak Mulia
Gerakan Anti-Maksiat

Apakah tariqat yang pernah diikutinya?
Tariqat Hasafiah

Apakah kebolehannya?
Hafaz al-Quran, ribuan hadith dan 18,000 bait puisi Arab.

Siapakah tokoh-tokoh yang pernah mendapat perhatiannya?
Syeikh Abdul Wahhab al-Hasafi (syeikh Tariqat Hasafiah)
Syeikh Muhammad Abduh
Rashid Rida

Apakah pekerjaan Hassan?
Guru bahasa Arab.

Berapa usianya ketika dia mula mengajar?
21 tahun di Ismailiyyah

Dimanakah Hassan memulakan dakwahnya?
Di kedai-kedai kopi.

Bagaimanakah Hassan syahid?
Dia telah ditembak, dibiarkan di hospital tanpa rawatan dan hanya boleh dikebumikan oleh anggota keluarganya sahaja.

Apakah pandangan Hassan tentang masalah khilafiyyah seperti tawasul, saidina, tahlil arwah dan lain-lain?
Sama seperti bacaan al-Fatihah makmum bermazhab Hanafi dan makmum bermazhab Syafie, dua-dua betul- tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak.


P/S:Bukanlah bermaksud al Banna tak pi dakwah di Masjid ya, kerana Masjid adalah medan dakwah utamanya.
Kedai kopi adalah tempat public yang terkandung pelbagai mad'u berpotensi.

Yuk pi dakwah kat kedai mamak!

Siap-siagalah dengan risalah dan kelengkapan. Juga para pendakwah.

Risalah saya nanti siap, akan saya kongsikan bersama agar kalian di kawasan masing-masing dapat memasarkan risalah dakwah ini juga.

No comments: