Wednesday, June 27, 2007

ALLAH ALLAH ALLAH

Seeking for 'Soul' in making 'Sincere' music.

PEMBIKINAN LAGU FOR THE SAKE OF ALLAH.

Secara umumnya, kerangka 'humming' dibuat sekitar tahun 2000 di Melbourne.
Perbincangan seterusnya dengan Akhie Faei untuk menghasilkan lagu yang
berkisarkan kisah 'pendakwah' yang sanggup travel bernautika jauhnya hanya
untuk berdakwah/mencari ilmu/berprogram/berperang lillahitaala.

Pokoknya berbuat Lillahitaala.

'Feel' lagi dirasakan apabila menaiki motor Kriss(kini sudahpun dijual kepada PASTI) untuk ke kerja di Cyberjaya.
Cuba menghayati 'soul' lirik serta melodi.
Pengalaman Akhie Faei memantapkan lirik yang pada asasnya hanya lines
'For the sake of ALLAH, I will travel every night, every day...' Saya hanya tersangkut kat situ entah berapa lama.

Akhie Faei membantu dari segi lirik dan pemantapan ritma chorus Alhamdulillah kami berjaya menghasilkan lagu ini.

Proses rakaman amat sulit sekali kerana Akhie Faei 'buta rentak' , Saya, selaku pengarah orkes, menggayakan arahan tangan mengikut rentak (ketika versi organ tanpa drum sahaja) agar Akhi Faei menyanyi tidak langgar beat serta harkatnya.Dari segi vocal chord Alhamdulillah Akhie Faei tidak buta.Versi organ berdrum, Alhie Faei tidak punya masalah.

Di sebalik tabir:Ini Versi Jamming (Kerangka Awal)


powered by ODEO

Ternyata suara Akhi Faei lebih lunak berbanding saya, tetapi pemergian beliau ke UTARA menyebabkan saya terpanggil juga untuk menyanyi demi untuk meneruskan perjuangan 'lagu juang' ni. Maka, kekonyong-konyongnya, tinggallah Mr Dhuat keseorangan.

Berbalik kepada rakaman, saya merasakan perlu untuk menyelitkan bunyi-bunyian(Sound FX) untuk lagu ini bagi mencantikkan lagi 'soul' lagu ini.(Terdapat bunyi kuda dan bunyi tembakan:berperang dalam lagu ini).

Kuda lebih 'authentic' bagi ummat islam.Tak terfikir pula nak cari bunyi-bunyian busur.

Proses adunan dan Mastering juga amat sukar dirasakan kerana 'gadjet' saya kurang membantu dalam proses rakaman.

Pseudo-Stereo: Teknik yang sering saya gunakan.

Alhamdulillah suara Akhie Faei memang lunak, memudahkan proses adunan suara.

Versi Akhir.


powered by ODEO


Setelah Akhie Faei ke UTARA, dhuat berhenti seketika.

Datanglah bantuan ALLAH pada tahun 2004 apabila Paiji memperkenalkan saya dengan Cpol.
Bla bla bla bla tup tap tup tap Cpol juga ke UTARA!

Berkaryalah juga saya dengan Cpol walau jarak yang terlalu jauh.

Kini dhuat akan bangkit semula dengan bantuan Cpol,Aduka,MeowSoleh.Paiji,HunusanLidah,Budakmenulis,Dr Sharis......

Tak lupa untuk Tok Jenal yang sentiasa memberi komen dan tunjuk ajar.
Harith the most kerana bagi pinjam keyboard dia entah 'sampai bila-bila'?
Farouq kerana 'hadiahkan' microphone mak dia.

Most of all Terima Kasih ALLAH.

Born to perform!

No comments: