Lebih setahun juga rasanya lirik 'La Tahzan; ini ku letak tepi.
Mungkin kerana terlalu BERREVOLUSI PEJUANG SEJATI sehingga penulis
meminggirkan bahagian rohani."Perlu ada keseimbangan," bak kata Pak Syukur.
Jikalau tidak, kita akan menjadi animal politik, Islam itu merangkumi semua benda dan bukan hanya Nahi Mungkar semata-mata.Sepatutnya musika itu akan lebih indah apabila dilenturkan dengan elemen rohani misalnya...
Dengan ini, di tahun yang sama juga, selain menerbitkan album REVOLUSI PEJUANG SEJATI, aku juga terpanggil untuk menerbitkan juga album FILSUF SUFI:SUATU TERAPI.
Moga diberkati.
Doakan kami berjaya.
Berikut disertakan lirik dan juga lagu La Tahzan.
La tahzan
powered by ODEO
semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya
biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya
usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia
senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.
Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Filsuf Sufi:Suatu Terapi
Genre:Ballad
p/s:Buat yang berduka tu tak dapat pi muktamaq PAS tu, lagu ini untuk anda.
Nak download, pi sini
No comments:
Post a Comment