Tuesday, June 05, 2007

Menterjemahkan REVOLUSI PEJUANG SEJATI, FILSUF SUFI.

-Oleh Komander Dhuat.

Keinginan untuk berjuang, disaluti cinta yang membara terhadap KHALIQNYA telah menyebabkan patik untuk bereksperimentasi dengan 2 produk ini.


Ia umpama produk 'Hanya jauhari menghargai manikam'.

Makanan sampingan kepada jiwa Pejuang Sejati.

Sedaya usaha patik cuba untuk menggetarkan gelombang jiwa para pendengar, agar
dapat bersama-sama mengembara ke alam maksud.

Bukan hanya bersemangat tatkala musik dimainkan, ia umpama kata azimat yang menterjemah diri menjadi Pejuang Sejati yang Sufi.(Keras terhadap Kafir, lembut terhadap mukmin.)

Memang ianya tidak begitu berjaya membawa ke peringkat dunia, tapi ia jihad patik sedaya upaya untuk menjadi penyair seperti Hassan Bin Tsabit.(Siapa ada koleksi sajaknya? email to me)Setidak-tidaknya patik berusaha.

Sajak itu mampu menjadi salah satu caj positif kepada bekalan jiwa Pejuang Agama.

Adakah patik terlalu tamak untuk bermimpi menerbitkan short filem seterusnya

"Rumble of the True Soldier."
- Agar anak muda terdetik rasa cinta untuk menjadi Pejuang Sejati.

"Daripada mimpilah tuan hamba menjadikannya realiti!"- Aduka

Patik tak nafikan pengkaderan mantap untuk menjadi Pejuang Sejati, patik jua melaluinya, tapi ini, jihad seni harus diteruskan jua tatkala Melodi neraka kian membakar jiwa anak muda.

Musik harus bertempur dengan musik.

Patik tak nafikan pendapat yang lain, teruskan juga kalian dengan jihad masing-masing.


*Methodology kita mungkin berbeza,
yang mana kita ini perlu kepada pencatur utama untuk mengatur segala pergerakan kita,
agar tidak bertempur sesama sendiri, tidak rugi energy.

Pencatur yang memiliki kewarakan serta kebijaksanaan.

Iaitu Khalifah di muka bumi.

No comments: