Saturday, June 09, 2007

When Haraki blends with Sufi - i like! (2).

"Mereka ini seharusnya begitu dan begini...
Seharusnya mereka buat begitu dan begini...
Benda ini sepatutnya begini..."

Ayuh, kita tak punya masa untuk menuding jari...

Bekerjalah!(Berstratergi,Sinergi Berdakwah)

Prioriti
- Amal Makruuf Nahi Mungkar! (serentak!)

Apakah kamu bisa hanya Amal maaruf dan membiarkan maksiat bergelimpangan?

Selesakah anda?

Oh indahnya pi kuliah kat Masjid lalalala.
(kuliah POLITIK tidak dibenarkan sama sekali)

Pulang ke rumah siram pokok bunga. Oh indahnya dunia...

Lewat malam, masuk internet, melayari itu dan ini,
berdebat itu dan ini dan berbahas cuma(kau benar, tapi aku paling benar)
ohh puasnya hati...

Soalan cepu emas.

Kamu tidak ada perasaan kasihankah?
Terhadap segelintir pendakwah yang berhempas pulas siang dan malam.
Mereka tiada masa untuk anak-anak mereka dek kerja yang berlipat kali ganda
kerana KURANGNYA "pendakwah hebat seperti ANDA" yang datang menghulurkan bantuan kepada kerja dakwah mereka.
Tak cukup tidur pula tu dan kadang-kadang terlepas waktu makan.
Pening siang dan malam memikirkan dan MELAKSANAKAN dakwah ke atas ummat.
Yang mana mereka juga kalau boleh, ingin berlazat-lazat sepertimana ANDA.

Kamu tidak kasihankah?
Terhadap anak-anak muda yang bebas bermaksiat.
Mereka juga ingin masuk syurga seperti ANDA.

Kamu tidak ingin berubahkah?
Untuk menjadi pejuang sejati sehingga titisan darah yang terakhir.
Apalah sangat makanan dunia, kerja, hidup yang sambil lewa...

Berbanding di SANA.

Kamu tak teringinkah?
Bersama-sama pendakwah setia, bekerjasama, MELAKSANA...

Sanggupkah anda?

HIDUP HANYA SEKALI, JADIKAN IA DI JALAN ALLAH.

Nota kepada diri sendiri:Jauhi net, sila-silalah menggandakan daya usaha bekerja.
Sambil buat kerja tu, sememangnya seluruh kudrat bekerja, seiya seluruh anggota badan, jiwa, lidah dan akal senantiasa berzikir kepadaNya.

Senantiasa.

p/s:witir hangpa dok buat dak? 1 rakaat cuma...

No comments: