Friday, June 08, 2007

WORD POWER:Manifestation of sim-plex words!


Sekadar brain storming, word scribbles, word power.

Revolusi Pejuang Sejati:Expressi Jatidiri

Filsuf Sufi:Suatu Terapi

Filsuf Sufi:Revolusi Pejuang Sejati


Antara word power yang telah berjaya di alaf 21 ini adalah...

De Bono. Neighbourhood Watch - (Maaf, penggunaan "Rukun Tetangga" di Malaysia kurang berjaya ya.)

Berjaya bermaksud seolah-olah ikon perkataan untuk membiasakan sesuatu keadaan.

"Menjurus" ke arah realiti keadaan, yang akhirnya keadaan itu menjadi seperti yang diperkatakan/diimpikan.

Situasi Neighbourhood watch seolah-olah memberi gambaran bahawa di sesuatu kawasan kejiranan tersebut, penduduk bekerjasama untuk menjaga kejiranan mereka.

Hal ini menyebabkan penyamun akan lebih berhati-hati atau takut-takut juga, untuk melakukan kecurian/rompakan di sekitar kejiranan yang menjaga tetangganya.

Hanya papan tanda yang tertera "Neighbourhood Watch" bisa menggetarkan pencuri-pencuri.

Anehkan?



Pro Tajdid atau Tajdid Segar? Maaf patik memang tak arif akan perihal itu.
Tetapi awas ya, kerana jikalau tersalah dotrin, atau silap/kecuaian maklumat yang disalurkan ke atas "targetted audience" ia kan bisa menimbulkan fitnah.(Fitnah dan masalah tidak dapat dipisahkan)

(Awas juga ya kepada mereka yang selalu suka benar terikut-ikut.)

Sewaktu di kolej seni dahulu, patik begitu malas.MALAS ya amat!
Hasil kerja design, video-works, Montage, animations, conceptual kebanyakannya patik buat last minit!

Apa yang patik buat? Ya patik menggunakan ilmu WORD POWER ini.
Ia seperti doa (Insyaallah mujarab)

Patik tuliskan di kad komuter(yang dah expired) yang mana ia diletakkan di poket lutsinar di dalam wallet milik patik .
Ya, supaya ianya mudah patik baca, dan sentiasa membaca WORD POWER (doa) tersebut.

Patik tulis " TERPANTAS dan TERHEBAT".

Alhamdulillah ia berjaya.

Sewaktu di bumi Kanggaroo pula, patik tulis besar-besar perkataan DEGREE dan (patik lupa perkataan satu lagi ini).
Patik Tulis dengan memakai BOLD BLACK MARKER di Kalender Dinding Besar milik patik.

Dan Alhamdulillah, patik berjaya mengecapi kedua-duanya!

Dengan izin ALLAH.
Dengan izin ALLAH.

p/s:Moga ilmu yang tak seberapa ini, yang patik kongsikan bisa MERUBAH hidup saudara.

No comments: