Tuesday, July 31, 2007

Apakah yang anda sumbangkan untuk KOMUNITI anda?



Sejak 2004, setelah mendengar lagu Mawlay sahaja telah membuatkan saya lupa kepada ikon Amro Diab heheh.

Minat terhadap nasyid beliau memang membara, bahkan hasil kerja montaj dhuat banyak menggunakan lagu-lagu beliau.Montaj Pemuda Pusat baru-baru ini, lagu 'Aedon'(Sumpah-setia yang bersungguh-sunnguh) berkumandang di Kelantan.

Ditambah lagi pemberian saguhati (kaset Mawlay nan cantik) dari naquib saya sepulangnya naquib dari Mekah suatu ketika dahulu.(Diulangi, kaset heheh)



Montaj PAS untuk semua yang kami (bersama Aduka) buat di tahun 2006 menggunakan lagu (Malam-Ya ilahi).

Banyak keringat musyid ini diluahkan demi memartabatkan lagu bermesej soleh, ditambah pula akhlaq beliau(Husayan) yang ala-ala tok syeikh.

Saya tak pasti adakah beliau menyertai haraki kerana saya bukannya penghukum seperti mana dulu (waktu mula-mula meyertai persatuan dakwah).

Setiap orang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan saya seikhlas hati menghargai jasa baik beliau, memartabatkan melodi soleh untuk menyejuk jiwa, menyedarkan bahawa kita adalah hamba, beliau berbuat apa yang beliau terdaya.

Beliau telah melakukan impak besar terhadap komuniti Islam, seluruhnya.

Saya bermonolog pula kepada diri saya, apakah sumbangan saya terhadap komuniti islam saya, tetangga saya khasnya, jangan cakap pasal dunia, selesaikan perihal keluarga dan tetangga dahulu.Bukanlah bermaksud mengabaikan dunia, tetapi realiti tempat berdakwah adalah di tempat kita bekerja, kita bermukim, kita berurusan dan bukannya tempat di mana kita hanya menjengah sekali sekala, masakan kita mamahami realiti sosial di tempat tersebut?

Saya amat menghargai jasa nyanyian beliau, lantas saya berfikir, apakah yang boleh saya beri balik kepada munsyid sejati ini untuk menujukkan penghargaan khas dari saya buatnya.

Sekonyong-konyong ada 'Torch Light Ajaib' yang kebetulan saya bawa bersama semasa menonton konsert tersebut.Saya dengan gembiranya menghadiahkan kepadanya.Pada mulanya dia agak keberatan juga untuk menerimanya kerana dilihatkan torch light ini memang berharga, tetapi disebabkan menghargai pemberian dari seorang peminat, dia senang hati menerimanya.

Oh ya, saya memang peminat setia torch light(pengaruh semasa kecil-kecil dahulu:Star Wars) Saya ada torch light LED (2002), torch light Hallogen (2005-kini telah hilang) eh sori tersasar penceritaan saya.

Torch light itu memang ajaib kerana boleh transform menjadi Lantern.Baterinya bertahan sehingga berbulan-bulan penggunaan, setahun barangkali!.

Apakah yang anda sumbangkan untuk komuniti anda?

1 comment:

sajaksufi said...

VALENTINE'S DAY

wajah-wajah ceria
cahaya-cahaya lampu kota
terang berbinar menyempurna
hari kasih sayang nan bahagia

angin yang tenang
malam yang semakin kelam
mengusir segala muram
dan kelana dingin di senyap gelap

adakah sesuatu yang dapat mengubah dunia
selain saling mencinta sesama manusia?