Monday, July 02, 2007

Filem Rajnikanth

Pada suatu masa dahulu, waktu belasan tahunan, pelajar digital grafik, segelintir cuma meminati Filem Rajnikanth.

Aku salah seorang daripada subset tersebut:melayu!

Jika diamati di pawagam, didapati ada juga Melayu yang meminati filem Tamil yang hanya dilakonkan oleh Rajnikanth.

Ada apa dengan Rajnikanth? Hero tua yang berumur 58 tahun. Botak pada masa ini (Dalam filem rambutnya lebat.)

Dengan bantuan make up artist, penata musik, 3d animator, videoFX master, tak lupa juga media-massa,
mereka berjaya mengolah Hero tua ini hebat bergaya.Hebat beraksi dengan 'punch-line' membuat kan anak muda di India, Malaysia juga di Jepun tergila-gila untuk bergaya sepertinya(tak termasuk akula).

Secara purata, filem yang dilakonkanya cuma 1 buat filem setahun dan bayarannya adalah kedua tertinggi selepas Jackie Chan.

Ada apa dengan Rajnikanth?

Ada STYLE!

Jika dibandingkan dengan Jackie Chan, ternyata lagak ngeri dan kungfu Jackie lebih bertenaga dan bergaya, namun KEBERGAYAAN seorang Rajni telah menimbulkan Fenomena di kalangan masyarakat Tamil Naidu, Malayam,Telugu dan kebanyakan India Selatan.

Kini filemnya kian merebak di USA, Sepanyol,Jepun,South Africa

Apakah pedoman yang boleh diambil?

1) Masyarakat India suka STYLE! Kita lahirkanlah IKON pendakwah yang STYLE tetapi tinggi taqwanya.
2) Masyarakat Sepanyol,South Africa dan Jepun juga begitu.Mungkin Masyarakat dunia juga.
3) Punch Line Rajni memang ada seakan menafikan tuhan, KITA seharusnya membidas ini
dan melahirkan PUNCH LINE yang mengesakan ALLAH dan kita adalah Ummat Muhammad dengan penuh style!
Dengan penuh style tidaklah bermaksud kita merendahkan manusia lainnya ataupun melampaui batas.

Contoh PUNCH-LINE Pejuang Agung pada suatu ketika dahulu kepada parajuritnya...

""Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

Nah, tibalah masanya kita MEMASYURKAN punch-line cara kita di dalam filem mahupun di luar filem demi memartabatkan ISLAM.

'Rumble" aka teknik berGUSTI akan aku perjelaskan dalam entry entahla bila...

Rajni di dalam Filem



Rajni di luar Filem (sekarang ini botak)

1 comment:

CAT FISH AKUAFARM BATU 10 said...

ko mmemang x pernah menghayati citer2 die.. mmg lah ko x tau..

sifat smulajd die tu yg orang suke...