Tuesday, July 17, 2007

Karya Klasik untuk masa hadapan.

Karya 2002 untuk tahun 2007


Abdullah's Song


powered by ODEO

Verse 1

Kau, seorang hamba melupuskan masa silammu
untuk kau perolehi kemenangan abadi.
Luas bumi terbentang
nikmatnya kau rasakan
Namun mereka leka
dengan syurga dunia.

Reff:
Biar mereka tertawa,
biar mereka menghina,
namun tetap engau menyampaikan(dakwah).
Harung segala rintangan,
janji ALLAH pasti
dan Rasul ikutan.

Verse 2

Kau jangan menyerah, teruskanlah niat juangmu.
Kami akan berdoa agar kau dilindungiNya
Untuk membina daya, sambunglah generasimu.
Kami akan berdoa walau lain zamannya.(Time-line)

Reff:
Biar mereka tertawa,
biar mereka menghina,
namun tetap engau menyampaikan(dakwah).
Harung segala rintangan,
janji ALLAH pasti
dan Rasul ikutan.

Prosa/Ritma:Ahmad
Album:For the sake of ALLAH 2002.


Nota:
Lagu ini memperlihatkan kisah seorang pendakwah di alam transisi.
Tersepit antara dua dimensi.
Pendakwah tersebut meninggalkan zaman jahiliyahnya.
Meninggalkan stylo funkynya demi mendambakan pengislahan.

Memang agak payah.
Pada permulaan karier dakwahnya, beliau mungkin ditertawakan.
Ditertawakan kerana sifat pelik sang pemuda ini yang walau bermadrasah selama setahun
cuma di bumi asing, pulang ke tanahair bercita-cita merubah kawannya.

Menghalang sahabatnya bercouple.
Membubarkan 'Rock Band'.
Menjadi pemalu dengan sahabat perempuannya dahulu.(kawan sekolah)
Menghindari dari pergi majlis "Happy Birthday".
Reserved.
Sifat 'gila-gila' dibuang habis-habisan.
Menjadi penghukum hehe(HOLIER THAN THOU!)Ustaz ni tak betul, ustaz ni betul.
Terkadang agar kasar dalam berdakwah, maklumlah hikmah tiada di awal penglibatan.
Orang lain kebanyakannya salah.




Akhirnya pemuda ini berjumpa dengan jemaah yang luluh baginya.
Pemuda itu bertatih lagi.

No comments: