Wednesday, July 04, 2007

Lagu tak semestinya mempunyai chorus atau bridge.

Sekumpulan penasyid yang sedang ghairah membina namanya dipersada nasyid negara, memberi komen terhadap seorang komposer, kerana terlalu mahukan ritma yang pelbagai dalam sesebuah lagu.

Tidak semestinya begitu!

Ada juga lagu yang hanya mempunyai verse tetapi ia tetaplah menawan.
Ada juga yang hanya mempunyai verse dan chorus, dua gabungan sepertimana biasanya.
Paling unik, lagu yang mempunyai verse, chorus, brigde dan layback.

Nasi putih dan 1 jenis lauk adakalanya lebih sedap berbanding nasi putih dan pelbagai lauk yang tak sedap.

Ingat kata-kata saya ini...

"Tidak semestinya begitu!"

Walaupun lagu saya bukanlah contoh terbaik, sekadar memaklumkan bahawa lagu PANTUN MOLEK dan lagu LA TAHZAN tidakpun mempunyai chorus mahupun bridge.

Namun aku tetap menyukai lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri.


Melodi yang berdiri dengan verse cuma.

Disisipkan lagu dhuat, Pantun Molek dan La Tahzan



Lagu Klasik The Dhuat (2003)

Prosa/Ritma:Ahmad
Vokal:Adik saudara Ahmad (Anuar yang comel)
Musik:Ahmad

"Pantun Molek"


powered by ODEO

Assalamualaikum daku ucapkan,
kepada teman dan taulan.
Pantun Molek, jikalau boleh,
ingin daku ungkapkan.

Pahlawan terbilang, segak berperang,
segak bergaya, menawan.
Lagi molek pahlawan lebih
Ubbudiyah kpada ALLAH.

Si gadis manis, bermain riang,
dengan teman di taman.
Lagi molek si gadis manis,
berhijab dan beriman.

Si anak muda, lagak satria,
gembira bermain sepak raga.
Lagi molek jikalau adik,
menutup auratnya.

Pakcik Ahmad, hilang lembunya,
pergi berjumpa sang dukun
Lagi molek jika Pak Ahmad,
berikhtiar dan solat hajat.

Kampung melayu, ramai penghuninya,
patuh kepada penghulunya.
Lagi molek jikalau penghulu
patuh kepada ALLAH dan Rasullullah (3x to end)




La tahzan


powered by ODEO

semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya

biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Filsuf Sufi:Suatu Terapi

Genre:Ballad

No comments: