Wednesday, July 04, 2007

PESAN PERJUANGAN..


Perjuangan ini belum berakhir..
ia bagaikan air mengalir
apapun datang kita hadapi
namun perjuangan jangan berhenti

Ada pengorbanan jangan dilupa
sanggup dipenjara dan dizalimi
sanggup memikul penderitaan
untuk zahirkan kebenaran

Isteri sendiri memujuk hati
anak-anak termimpi-mimpi
ayah dan ibu....dan teman-teman
hiba dihati pilu merindui..
Kita semua tumpang sengsara
perasaan rindu ditanggung bersama
kepada Allah kita berserah
segala takdir menanggung hikmah

Sempurnakanlah perjuangan ini
dengan semangat yg takkan mati..
terus berjuang hingga berjaya
atau sehingga kita bertemu Ilahi..2x

lirik dan lagu : Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz


Mohon kepada sesiapa yang punya mp3 lagu ini, boleh berikan kepada saya?
Teringin sangat nak dengar...

Moga ALLAH tunaikan hajat (sesiapa yang memberikan mp3 lagu ini kepada ana) di akhirat kelak.

No comments: