Thursday, August 09, 2007

Apakah yang anda sumbangkan untuk KOMUNITI anda?-2




Masih ingatkah pendekatan ini?
Keluarga-jiran tetangga-masyarakat-negara?

Mana mungkin Negara bisa 'berkembang' apatahlagi menerapkan 'EMPOWERMENT' jikalau sesama tetangga pun kita tak saling mengenali seterusnya menghormati.

Siapa nama jiran sebelah kamu?
Seringkah bertukar buah tangan?
Sering kalikah berkunjungan?

Buat jagoa-an bolasepak, adalah peranan anda untuk bermain bola sepak atau futsal bersama tetangga kamu yang masih remaja mahu pun anak-anak.

Bergaullah dengan mereka.
Tanamkan sifat cintakan ISLAM.

Buat Ustaz dan Ustazah yang balik dari Al Azhar atau University atau pondok manapun, kembalikan ilmu anda kepada komuniti anda.Sebar dan kembangkan.

Jikalau kamu mampu, ajarkan Al Quran secara percuma kepada anak-anak kecil di kejiranan kamu.

Jika tidak mampu, kenakanlah bayaran yang mudah bagi mereka, kemas rumah ker... beli beras ke atau apa sahaja.(Di zaman dahulukala, di tanah Melayu, Ustaz diberikan tanah(untuk didirikan rumah), beras dan juga rotan agar mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran serta pendidikan ISLAMI anak-anak tetangga dan tak memikirkan langsung selain dari itu.)

Begitu juga kepada guru, kalau mampu ajarkan tuisyen secara percuma, jika tak mampu pula kenakanlah bayaran yang mudah bagi mereka.Pokoknya pendidikan ISLAM disalurkan secara bersahaja.

Menyediakan kolakarya atau bengkel untuk maslahah kejiranan juga harus dipergiatkan.Contohnya kelas memasak, menjahit, penulisan, multimedia, bertukang dan sebagainya.

Selain menjadi ahli komuniti di surau taman anda, menyertai Rukun Tetangga adalah sikap yang muhibbah dan mesra penduduk.

Hobi beradio dapat dimanfaatkan untuk komuniti sepertimana di Indonesia diwujudkan KOMUNITI-RADIO.Dari komuniti untuk komuniti itu sendiri.Komuniti nelayan, petani, peniaga dan seterusnya.

Hobi bermain layang-layang boleh dimannfaatkan untuk anak-anak kejiranan anda.
Peluang dakwah terdapat di situ.

Hobi bermusik, menghiburkan tetangga dengan lagu pengiktibaran, menghiburkan anak yatim.
Semuanya percuma.

Kenal atau tidak ketua kejiranan/kampung anda?
Jikalau tidak, anda perlu berbuat sesuatu...

Anda haruslah aktif diulangi aktif dan jangan sesekali statik!
Bergeraklah! Berkaryalah! Berdakwahlah atau apa saja yang memanfaatkan ummah sejagat.

Aku sokong apa sahaja perkara baik yang dianjurkan, aku menghargai, sungguh...

Majlis ilmu, program kejiranan atau apa sahaja.
Aku tak berkemampuan menyertai semua.
Untuk program-program yang baik ini, jauhi SKEPTIKAL!

Tetapi mungkin aku tak berkesempatan menyertai sesuatu yang dianjurkan itu.
Pilihlah aktiviti yang'menghidupkan' anda dan sebarluaskanlah dakwah.


Perkara MAKSIAT atau statik, aku tak sokong.

Apakah yang anda sumbangkan untuk KOMUNITI anda?

Terserah anda!

No comments: