Tuesday, August 21, 2007

MISKIN KARYA:KESAN TANDUS ALAT RAKAMAN






Rata-rata penduduk Malaysia adalah Dead End User.

Aku menulis entry ini adalah kerana sedikit kekesalan terhadap perancangan penjualan alat rakaman elektronik di Malaysia.

Mungkin, hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata, penggalakan penjualan komponen elektronik untuk pengguna akhir dihebat-pergiatkan.

Mana perginya komponen elektronik untuk si pengkarya?

Adilkah kita jikalau hanya disogokkan oleh lagu dari barat dan Amerika sahaja.
Itu tak termasuk lagu Hindi dan Arab geletek lagi.

Ini adalalah kerana tiada karya asli Malaysia yang dihasilkan.

Tiada kempen penggalakan penggiatan berkarya.

Keuntungan hanya dimiliki oleh syarikat gergasi.
Mereka tak peduli pasal karya asli, tak peduli pasal 'daya kembang'.
Yang penting bagi mereka, apa jua yang menguntungkan itulah jawapannya.

Mereka sanggup melihat rakyat mengagungkan melodi asing.
Jauh lagi membantu serta membimbing anak negaranya berlayar seantero dunia.


Akhirnya kita dicengkam oleh melodi asing.

Tidak berdaya saing dan hanya mengangguk menerima sahaja melodi asing.

Buat sahabat India dan Tiong Hua, mahukah selamanya kamu mengimport lagu dari negara India, Hong Kong dan Taiwan?

Berkreatiflah sikit!

Sebarkan melodi jiwa Malaysia kepada dunia!

Saudara sekalian,
Recording devices amat mahal/sukar didapati di Malaysia pada ketika ini dan ia tentulah akan menyebabkan penghasilan karya yang amat lembab.

4 track machine misalnya, tiada lagi di Malaysia, seperi jugaMini Discs, Hi-End Cassette-corders jua.

Yang ada kini cumalah perakam mp3 digital yang miskin bunyinya.

Sebagai seorang yang cintakan rakaman, format rakaman mp3 (8 Bit-32 khz) adalah tidak 'standard' untuk menghasilkan kualiti bunyi seperti CD (16 bit-44.1khz).

Akhirnya tinggallah si miskin di jalanan bermain lagu duka yang menghiburkan.

p/s:geram sebab minidiscs rosak, pc rosak, ipod rosak, yang ada cuma cassete deck.

Entry ini adalah berkisar kesan penghasilan rakaman karya dek ketandusan alatan rakaman.Kreativiti juga bergantung kepada pengalaman dan ilmu seseorang pengkarya.Hal itu tidak disentuh di sini.

No comments: