Tuesday, September 11, 2007

Tazkirah Dhuat


Assalamualaikum tuan-tuan yang mulia, semoga berada dalam keadaan beriman hendaknya.

Tuan-tuan yang saya muliakan,

Tahukah kalian bahawa majoriti kehancuran masyarakat di Malaysia adalah disebabkan UMNO?

Kita telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada yang bukan ahli.
Bagai tikus membaiki labu.

Ya, kita seharusnya memilih pemimpin yang BERIMAN.

Wahai tuan-tuan yang beriman, yang saya muliakan.

Saya pasti kalian sedia maklum bahawa islam itu merangkumi kehidupan, kita sebagai pentadbir alam dan menjaga agama.
Islamlah kehidupan kita, yang kaya dengan kepelbagaian.

Pusing-pusing kot manapun, islam mengguli segalanya.

Kitalah yang lemah, membiarkan maksiat berleluasa, mungkin juga melakukan maksiat bersama, seterusnya menjadikan yang baik-baik itu 'ghuroba'.

Kita menjadi semakin malu untuk melebarkan syiar islam apatah lagi untuk menegur adik muda yang kurang ajar di hadapan mata kita, beromen sewenangnya.

Tuan - tuan yang saya kasihi, walau siapapun kalian, nelayankah, petanikah, engineerkah, dalam ertikata ini, saya sanjung kalian selagi kalian menjaga iman, melakukan yang terdaya walaupun kecil untuk menterjemahkan juga nahi mungkar, disamping melakukan amal maaruf.

Tuan-tuan yang saya hormati sekalian,
Apakah bisa amal maaruf berdiri sendiri tanpa nahi mungkar?
Keduanya saling memerlukan.

Jauhi prejudis sesama kita.
Jauhi memandang enteng sesama kita.

Berkasih sayanglah dan saling hormat-menghormatilah.

Ayuh tuan-tuan sekalin, kita laksanakan 'kerja iman' agar masa depan generasi kita menjadi cerah dan menjadi generasi bertakwa.

Ahmad Dhuat.

p/s: Jangan lupa 'Extra' solat, 'Extra' AlQuran, 'Extra' doa di bulan berkat nanti.Orang beriman akan kuat berperang di bulan berkat.Tapi pada hemat saya, orang beriman akan 'RECHARGE' di bulan Ramadhan menantikan 'PERANG QUBRO' yang pasti datang dalam bulan mendatang.Bersiap siagalah iman tuan-tuan di bulan Ramadhan.

No comments: