Monday, November 26, 2007

Saya sering sahaja mendoakan.

Ini adalah tabiat tanpa saya sedari, saya sering juga melakukan ia secara spontan.

Apabila saya melihat anak kecil, saya mendoakan agar ia bila besar nanti menjadi pendakwah, amilin.

Bila saja saya melihat dari jauh anak gadis cekal betudung labuh dan berstokin, saya terus sahaja mendoakan agar ALLAH melindunginya, permudahkan urusannya, dek kecekalan anak gadis ini.

Apabila pasangan suami isteri melintasi saya bersama anak-anak mereka, saya mendoakan agar di permudahkan urusan akhirat mereka dan anak mereka ini menjadi anak yang soleh.

Terlihat sahaja perempuan mengandung, terus sahaja berdoa agar anak dalam kandungan itu menjadi golongan yang soleh.

Aku sering saja mendoakan...

No comments: