Wednesday, December 19, 2007

Rakaman Untuk Dunia - Produksi Album







Yang mana satukah berbaloi?

1)Combo A (PC based) (5 ribu) Kalau guna Recon PC = (2 ribu)
2)Combo B (HD Based-Analouge touch) (Sale: RM 1600) Harga biasa RM 2600.
3)Combo C-Rakaman di studio (5-10 Ribu) Hi end. (Termaktub untuk 1 Album cuma)

Gadget lain seperti sound processors, microphones, tidak
termasuk di dalam Combo ini.



Combo A adalah kombinasi PC dan juga mixer serta Hi End inputs.
Combo B, kelebihannya adalah ianya mudah di bawa ke mana-mana(studio bergerak)tetapi bunyinya agak tipis.
Pattern drumnya serta (built in)FX vokalnya memang menawan.
Combo B sebenarnya boleh bergabung dengan Combo A, yang mana Combo B beroperasi menjadi controler.
Semestinya bunyian yang dihasilkan oleh Combo C lagi TERSELAH hasilnya.

Kalau boleh aku nak Combo B + Combo A + Rakaman di studio.

Aku bukan orang kaya.

Aku TERPAKSA memilih Combo A.


Combo A pun Combo A lah ! :p


Janji siap dan Album lengkap!


Revolusi Pejuang Sejati dan Filsuf Sufi akan dirakamkan.

Yang mana satu kah dulu?

Atau, digabungkan bersama menjadi 1 Album sahaja?

bersambung...




Nota kaki.

Selepas penghasilan Rakaman Untuk Dunia. 2004
Peghasilan karya Dhuat kebanyakannya 'sketckh based' karya kerangka yang bermaksud bukanlah karya yang sesuai untuk diCDkan.

Ini juga adalah kerana PC milik dhuat HIDUP-MATI-HIDUP-MALU disamping si pengkarya begitu asyik berkarya dan mementingkan kuantiti berbanding kualiti rakaman.

Sebenarnya ia masih dalam proses Pre-production bak kata orang putih.


Disebabkan ketidakstabilan PC saya, yang telah koma selama ini, maka sebab itulah kebanyakan lagu yang dirakam selepas tahun 2006 dirakam menggunakan apple Titanium adik(1), Laptop adik(2), PC kak Mas juga jadi mangsa hehe, perakam kaset Kenwood (infak dari Harithi), Mini Disc Recorder(sekarang dah jahanam), walkman recorder.

Tak pernah lagi rakaman dibuat menggunakan mp3 recorder kerana aku tak puas hati dengan mp3 recorder.
Rasa nak bertumbuk dengan dengannya.

Bukan gadjet sebenarnya.

Sebenarnya aku yang belum bersedia.

Untuk hasil yang MANTOP, disarankan supaya aku buat latihan ini



juga tengok video ini




Juga melakukan latihan fizikal untuk suara sepower 'meatloaf'.


Nantikan kemunculan Dhuat dan Superfriends

Doakan kami.

Rakaman Untuk Dunia

No comments: