Friday, March 21, 2008
Versi 2008 (Tambahan bunyi FX + MAstering)
powered by ODEO
Versi 2007 (Adunan asal)
powered by ODEO
- Marhaen -
Komposer:Ahmad Dhuat 'the dhuat'
Lirik:Cpol 'the dhuat'
Vokal:Ahmad Dhuat
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Jurutera Bunyi:Romeo
Penerbit:Ahmad Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati
Tahun Produksi:2007-2008
(Rap dinyanyikan ala-ala pantun)
terdengar bisik angin lalu
membawa pesan dari kota gapura
bukalah tingkap dan pintu
ada kisah buat marhaen merdeka
raksasa kuning di tanah merah
membawa budi sebesar guni
hujan pun turun mencurah-curah
anak kampung pun menari-nari
*chorus
oh sudah lima tahun berlalu
entah berapa kali dituai padi
anak kecil dan basikal baru
hadiah lima tahun sekali
oh lima tahun lalu nan berlalu
jalan sekaki diturap kembali
kukira burung yang terbang lalu
rupanya permata dari langit
jauh pandangan di singgahsana
bangsawan segak mencemar duli
berbunga janji penglipurlara
suri dan dara dibuai mimpi
(ulang chorus)*
jangan menangis tepian cemara
luka yang lalu simpan di hati
termakan budi di hari raya
hidup bangsaku menanti mati
(ulang chorus)*
Catatan Ahmad
Mungkin terdetik oleh para pendengar, kenapa lagu RAP sebegini tidak mengikut pola ritma, menyanyi seolah-olah menjerit.
Ini adalah kerana, terkadang, saya terpanggil untuk melakukan Experimentasi.
Lagu ini adalah ekpressi tidak puas hati dek ditipu oleh 'bangsawan pilihan' setelah sekian 50 tahun lamanya.
Ekperimentasi itu adalah suatu perjalanan kretif yang sihat walaupun menemui banyak kegagalan pada berkali-kali cubaan.
Ia juga adalah untuk membentuk polemik dinamik yang mana seseorang yang kreatif itu mencuba sedaya upaya untuk keluar daripada 'ruang' kebiasaannya.
Apapun, aku memang respect kat cpol ni sebab dia banyak juga menyumbangkan lirik walaupun jadual beliau tersangatlah penuh.
Setuju sangat dengan entry cpol (Kreativiti vs Masa).
Sebab itulah cpol tak punya ruangan sepertiku untuk bereksperimentasi dan aku cuba sedaya usaha untuk menghasilkan produk yang lain daripada yag lain, dan itu memerlukan eksperimentasi dan pengorbanan.
Memanglah pada mulanya ianya (sesuatu yang baru dan janggal) sukar diterima untuk dijadikan sesuatu yang biasa.
Bukanlah semua eksperimen itu berjaya, maka sebab itulah sedari dahulu usaha untuk mencipta mesin terbang, ramai orang yang mati apabila mencuba untuk terbang dengan glider dan seterusnya sehinggalah terciptanya kapal terbang berenjin oleh 2 bersaudara Wright.
P/s:Takdela aku nak bereksperimen sampai menggugat nyawa, oh ya cuba kalian mendengar lagu RAP ini berkali-kali,
kalian mungkin akan faham apa yang saya maksudkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment