Wednesday, April 02, 2008
Abdullah's Song 08
Komposer:Ahmad Dhuat 'the dhuat'
Lirik:Ahmad Dhuat
Vokal:Ahmad Dhuat
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Jurutera Bunyi:Romeo
Penerbit:Ahmad Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati
Tahun Produksi:2002-2008
Assalamualaikum hadirin bloggers yang saya hargai.
Bersama ini, ingin saya kongsikan sebuah lagu lama dhuat(2002) yang diberikan 'nafas baru'.
Mendapat inspirasi bersumberkan sebuah kisah benar.
Sahabat baik saya yang 'revert ' ke agama Islam, meninggalkan jahiliyah silamnya.
Beliau melafazkan syahadah di hadapan sahabat saya, Paei di dalam jaulah bumi Kanggaroo, oh ya, ustaz Halim Ausie pun ada sama.
Encik Khai amat dikenali oleh sekalian sahabat saya di AUSIS mahupun ISMA.
Memang beliau amat komited.
Rasanya berpuluh juga surah yang dihafalnya, begitu juga zaujahnya Aina.
Memang pada dasarnya, lagu ini adalah untuk beliau.
Abdullah's Song versi 2008
powered by ODEO
Abdullah's Song versi asal
powered by ODEO
Verse 1
Kau, seorang hamba melupuskan masa silammu
untuk kau perolehi kemenangan abadi.
Luas bumi terbentang
nikmatnya kau rasakan
Namun mereka leka
dengan syurga dunia.
Reff:
Biar mereka tertawa,
biar mereka menghina,
namun tetap engkau menyampaikan(dakwah).
Harung segala rintangan,
janji ALLAH pasti
dan Rasul ikutan.
Verse 2
Kau jangan menyerah, teruskanlah niat juangmu.
Kami akan berdoa agar kau dilindungiNya
Untuk membina daya, sambunglah generasimu.
Kami akan berdoa walau lain zamannya.(Time-line)
Reff:
Biar mereka tertawa,
biar mereka menghina,
namun tetap engau menyampaikan(dakwah).
Harung segala rintangan,
janji ALLAH pasti
dan Rasul ikutan.
Prosa/Ritma:Ahmad
Album:For the sake of ALLAH 2002.
Nota untuk diri sendiri pula:
Lagu ini memperlihatkan kisah seorang pendakwah di alam transisi.
Tersepit antara dua dimensi.
Pendakwah tersebut meninggalkan zaman jahiliyahnya.
Meninggalkan stylo funkynya demi mendambakan pengislahan.
Memang agak payah.
Pada permulaan karier dakwahnya, beliau mungkin ditertawakan.
Ditertawakan kerana sifat pelik sang pemuda ini yang walau bermadrasah selama setahun
cuma di bumi asing, pulang ke tanahair bercita-cita merubah kawannya.
Menghalang sahabatnya bercouple.
Membubarkan 'Rock Band'.
Menjadi pemalu dengan sahabat perempuannya dahulu.(kawan sekolah)
Menghindari dari pergi majlis "Happy Birthday".
Reserved.
Sifat 'gila-gila' dibuang habis-habisan.
Menjadi penghukum hehe(HOLIER THAN THOU!)Ustaz ni tak betul, ustaz ni betul.
Terkadang agar kasar dalam berdakwah, maklumlah hikmah tiada di awal penglibatan.
Orang lain kebanyakannya salah.
Akhirnya pemuda ini berjumpa dengan jemaah yang luluh baginya.
Pemuda itu bertatih lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment