Monday, April 07, 2008

Berikut adalah track pertama yang kalian akan dengar sekiranya
kalian membeli cd kami.

Versi yang terkandung di dalam CD yang bakal kami terbitkan tidak lama lagi ini
tentunya amat berbeza kualiti rakamannya berbanding yang kalian dengar di blog ini.

Ya, terdapat juga rakaman suara dan proses mastering
yang terpaksa dilakukan semula(atas nasihat sahabat) demi untuk memartabatkan
kualiti bunyi-bunyian dan jiwa produk kami(ya our baby hehe).

Sokonglah kami.

Belilah produk kami :)





powered by ODEO


(Track 1)

-Prolog Revolusi Pejuang Sejati-


Perjalanan kita tentunya berbeza permulaannya,
namun tetap menuju hentian yang sama.

Walaupun aku di Nusantara, kau di negara China,
cinta kita tetap sama.

Sungguhpun kita berbeza citarasa,
lain warna, tahun yang berbeza...
Perjuangan kita tetap SAMA!

Sebagai diari seorang pejuang,
kami ungkapkan rasa, citra dan makna.

Biar berjuta yang menghalang kita;
ingatlah, ALLAH dan Rasul bersama kita!

Tugas kita sebagai hamba ALLAH yang setia
hendaklah bersedia memerdekakan yang 'alpa'!

Bersedialah! bersedialah untuk memulakan sebuah...


"REVOLUSI SANG PEJUANG SEJATI,
KAMI RELA MATI UNTUK SAMPAI SYAHID TERTINGGI"


Kata-kata,lirik dan melodi oleh Ahmad
Vokal undangan:Aduka
Vokal:Ahmad

p/s:Terima kasih tak terhingga buat cpol kerana 'REBRANDING' blog saya.

Suka sangat!!!

2 comments:

Ahmad said...

Mana orang komen ni?

zamchechen said...

A'kum..Lu orang mmg rock r bro!Katner gua leh dapatkan cd lu orang??Teruskan perjuangan...Allahuakbar!!!!!