Friday, April 11, 2008

Menterjemahkan Marah!

Menterjemahkan Marah!

1)
Apabila Azan berkumandang, Pakcik Buta dan isterinya masih lagi menyanyi.
Aku hampiri dan berkata, "Tolong berhenti! Azan pakcik."

2)
Di dalam bas program, usai program ILDAS, apabila anak muda (peserta) mengurat (Fasilitator) isteri orang.
Dialog mereka, "Kak boleh ambik gambar sekali? hehehe ..."dan pelbagai pick up line yang dah basi hehehe...
Tak jauh dari situ, aku duduk di sebelah sahabat baikku Karim, aku berbisik marah, "Apa ni kacau isteri orang?, tak malu!"
Mereka separa sedar, mendengar bisikanku, berhenti mengurat.

(Aku sanggup RUMBLE in a bus, untuk menjaga akhwat yang menjaga kehormatannya)Walaupun mereka ramai, aku tak heran, aku banyak study wrestling sedari kecil dan aku yakin kalau mereka serang aku, habis mereka aku belasah! Rasanya Karim the 'cool guy' pun boleh tahan 'combat skill' beliau, paling tidak, Karim boleh jadi pasangan regu aku untuk bertumbuk-bergasak)

3)
Di sebuah kedai India muslim, aku terlihat si pemilik kedai menjual JOLLY SHANDY.Darah aku naik membuak-buak lantas memberi warning kepada pemilik kedai, "Apa ni kedai islam jual arak?! Ni ada alkohol tau?!" Kalau aku nampak lagi ada jual di sini lagi, siap kau! "

Alhamdulillah, aku ke kedai yang sama beberapa bulan kemudian dan mendapati tiada lagi JOLLY SHANDY atau sekutu denganya dijual di situ.

4)
Di pejabat, pagi Jumaat.

My supervisor:Bro, i want you to handle this 'liquor' project.Prospect bagus.
Me(Dalam Hati):Sorry wrong number!

Aku terus blah dan pulang ke rumah.Bos nak 'sack' aku lantaklah!
The following Monday, i didn't come to the office.

Suasana di ofis gamat.Semua pekerja dari management hingga ke driver memperkatakan tentang aku.Yang mereka faham, 'This guy(me) blah just simply like that!'

Hari Selasa aku kembali ke ofis.
Supervisor aku mintak maaf.Betul-betul mintak maaf atas dasar menghormati keputusan aku.(Hingga kini dia menghormati keputusan itu dan hingga kini juga aku berdoa agar dia faham akan HARAMnya arak!)

Superior kepada Supervisor(Islam jugakla) bertanya kepadaku tentang kehilangan aku Jumaat yang lalu.

Aku memberitahu beliau bahawa aku tidak boleh langsung berususan dengan urusan ARAK!

Dia berkata. "Ohh takpe, it's all right kalau you tak nak buat.Kitorang tak pakse...Kitorang hormat keputusan you... You consider ok lagilah sebab ada the other guy yang tak nak langsung handle banking marketing sebab dia kata berkaitan dengan riba..."

Aduss, the other guy is indeed... a pious guy.
I wish i could be more like him.

No comments: