Ia merupakan kerangka sesebuah lagu.
Mana ada lagu yang terus menjadi lagu yang sempurna tanpa DEMO serta
'modifikasi' melodi?
Ya, tak ramai yang menghargai demo berbanding produk akhir.
(Aduka dan Cpol selalu sangat menghargai lagu saya walaupun ia cuma demo)
Ramai sahabat saya termasuk ;'chilhood friends' amat menyukai lagu ini (baca:bukan suara saya).
Khas untuk anda, pengunjung setia blog kaset 79, saya memperdengarkan kepada kalian, DEMO Palestina:Dendangan Luka!
p/s:Salah seorang sahabat saya tanya, rijjal tu apa?Saya tersenyum sambil menerangkan seringkas mungkin.Agak sukar juga bagi saya untuk memberikan gambaran sejelasnya-jelasnya mengenai rijjal kepada sahabat yang saya kasihi ini.
Dia kata dia cinta benar dengan lagu ini.
Komposer:Ahmad 'the Dhuat'
Lirik:Cpol 'the Dhuat'
Vokal:Ahmad
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Jurutera Bunyi:Romeo
Penerbit:Ahmad Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati
Tahun Produksi:2008
(Demo dirakam dengan menggunakan walkman)
Versi Demo
powered by ODEO
Versi Akhir (Setakat ini)
powered by ODEO
Verse
hanya sekadar rasa
tak mampu meroboh tembok sengsara
mana kan bisa merawat luka
sekujur tubuh tersisa
Bridge
bidadari pun hiba
menanti selamanya (di pintunya)
rijal tersungkur bukan di sempadan
tetapi di tilam empuknya
Chorus
Palestina...
(salam yang tiada balasnya)
Palestina...
(saban hari menghitung syuhada)
Palestina
(rindu yang belum menjelma)
Palestina
(keringat, darah dan air mata)
Nota dari Cpol:
Palestin, di situlah qiblat pertama, di situ letaknya maruah ummah, Palestin itu adalah cerminan kepedulian kita. Palestin itu terus berduka dan terluka, managih simpati saudara seagama, sekurang-kurangnya untuk berkongsi rasa.
Namun, kamus dunia tidak punya istilah belas, apatah lagi untuk menceritakan erti keadilan. Segala rintihan itu sekadar sia-sia.
Apatah lagi, tatkala umat Islam sudah diulit kemewahan, harta (maddiyyah) sudah menjadi fikrah. Siapakah yang ingin menanggalkan gelang emas di tangan, semata-mata untuk menyalutinya dengan nanah dan darah? Siapakah insan waras yang sanggup meninggalkan mahligainya demi bernaung di bawah pasir dan debu? Siapakah bangsawan yang sanggup menjadi bangkai tanpa nama di hujung senjata? Siapa…?
Cukuplah dengan dendangan leka yang saban hari bermain di telinga. Cukuplah dengan segala takrifan manja tentang jihad dan dakwah, cukuplah dengan hanya berlipurlara tentang nasib ummah di layar perak. Cukuplah dengan segala slogan dan kata-kata. Selama mana kita sanggup menipu diri sendiri demi menjadi warga kelas pertama di mata dunia, walhal kita adalah barua yang hina di sisi Allah?
Bukankah tangisan mereka juga seharusnya mengalir di pipi kita?
Renunglah saudara, andai kalam ini masih belum bisa mengetuk kepedulianmu, pasti ada sesuatu yang telah mengalingi nuranimu.
Saya menulis kerana diri yang lupa ini perlu sentiasa diingati, bahawa kita masih punya misi membebaskan kota suci itu, sebelum dijemput ke alam abadi.
No comments:
Post a Comment