Tuesday, April 29, 2008

Pok Usu dan Mok Usu bahagian 1

1)
Dulu masa mengenali pok usu dan mok usu masa awal penglibatan dalam dakwah, aku selalu bedoa agar mereka dikurniakan anak.

Persepsiku begini, depa ni selalu ke hulu ke hilir program, tak kenal tempat, tak kenal masa.

Aku sangkakan mereka ligat sebegini kerana tiada anak lalu ku berdoa sungguh-sungguh agar depa ni dikurniakan anak.

Ada satu program pada tanggal 2002 dulu, aku lihat depa bersama anak depa datang dan makan-makan.

Terkejut beruk jugak aku.

Ingatkan depa komited sebab takdak komitment anak hehe

Ha ha ha sangkaanku meleset!
Apapun, doaku untuk mereka telahpun dimakbulkan ALLAH :)

Depa pada waktu tu dah ada 4 orang anak.

Doa untuk diri sendiri jelah agar dikurniakan anak tak lama lagi.
Insyaallah.


2)
Mok Usu saya pernah menasihatkan saya, berkaitan dengan program untuk menarik pemuda supaya terkadang jangan dengar sangat pendapat orang untuk meraih 'tepuk tangan dan puji-pujian.'

Kena yakin dan mengamalkan sikap 'BULLDOZER'!

Rempuh sahaja tohmahan tersebut dan buat saja!

Kalau kita dok 'please'' orang memanjang, alamatnya tak siap-siaplahdan tak terbuat program sebab depa komen soh buat itu ini, sekat itu ini.

Sudahnya, selalu juga nasihat mok usu saya ni saya langgaq!

Lahirnya juga Revolusi Pejuang Sejati adalah dengan mengamalkan sikap ini.

Haha :)

Anda bila lagi?

No comments: