Monday, May 05, 2008

AHLI PERPUSTAKAAN DIGITAL

Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PERPUSTAKAAN DIGITAL, UNIVERSITI AL-MADINAH ANTARABANGSA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Pihak Perpustakaan Digital Universiti Al-Madinah Antarabangsa, MEDIU berbesar hati untuk mempelawa pihak tuan/puan untuk mendaftar sebagai ahli perpustakaan kami.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, perpustakaan digital kami memuatkan kitab-kitab rujukan Islam secara maya dan dibina khas untuk tujuan penyelidikan. Tuan/Puan boleh mengakses bahan-bahan rujukan melalui internet di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
3. Dengan mendaftar sebagai ahli, pihak tuan layak untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah kami sediakan untuk ahli. Pendaftaran keahlian adalah PERCUMA. Berikut adalah alamat internet (URL) untuk rujukan tuan:
• URL Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU): http://www.mediu. edu.my
• URL Perpustakaan Digital MEDIU: http://www.mediu. edu.my/elibrary/ elibrary. htm
• URL Pendaftaran Online: http://www.mediu. edu.my/elibrary/ membership. htm
4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas bolehlah menghubungi kami di talian 03-55113939 atau menghantar emel ke alamat library@mediu. edu.my . Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Abdul Latef bin Alhadri
Maktabah MEDIU


p/s:Aku sekadar memanjangkan.Hambo dok pahe kecek Arab :)

No comments: