Monday, May 05, 2008

Paiji

Aku sangat gembira pada hari pernikahannya.
Tuhan sahaja yang tahu.

Beliau membesar bersama saya ke alam kedewasaan.

Pun cuma empat tahun perkenalan, kami sangat akrab.

Melihatkan keakraban itu, aku jadi malu dengan beliau.
Beliau tak putus-putus memberikan aku harapan dan kata semangat.

Selalu sahaja menziarahku, berbanding aku yang jarang sekali menziarah beliau.

Di saat orang lain mencemuhku, beliau berada di sisiku, memberiku kekuatan.

Kekuatan yang luar biasa.

Keakraban yang terjalin sering diterjemahkan bahawa kami ini satu sekolah rendah, menengah ataupun satu kuliah universiti, tak pun house-mate.

Kami kenal atas dasr ISLAM.

Kami kenal atas platform PAS.

Yang aku sangat sedih ialah kebanyakan sahabat kami cumalah 'sahabat program' dan tak lebih dari itu.

Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kami.

Untuk Paiji, aku akan sentiasa berdoa agar Kau dan Sue berbahagia dengan keturunan soleh, solehah,

dunia akhirat
dunia akhirat
dunia akhirat.

Terima kasih kerana menjadi sahabatku.

DJ dhuat log off...

1 comment:

Tawel Sensei said...

Ingatkan bang dhuat yang nikah!