Friday, May 16, 2008

Pejuang Sejati Kembali Beraksi!




powered by ODEO

Lirik/Komposer:Ahmad Dhuat
Pejuang Sejati Kembali Beraksi!

Pejuang sejati kini kembali beraksi!
Berdegar! Berkobar! Aku berikrar!
Cukuplah sudah tidur, cukuplah 'fatrah' ini.
Kini kukembali untuk beraksi!

Chorus
Sambutlah 'salamku' ini, duhai teman, para pendaei.
Berikan aku peluang ini, aku ingin beraksi...

aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...



Nota:

Siapa kata lagu punk tak boleh digunakan untuk manfaat?
Berbekalkan sejarah lama dulu, minat terhadap kumpulan rock 'Gin Blossoms' dan
juga kumpulan punk rock, zaman 'dookie' dahulu adalah 'asbab' aku menghasilkan
lagu punk sebegini. Alhamdulilah.

Untuk sesuatu yang 'zest-injection' adalah perlu sesuatu lagu yang rancak yang penuh dengan tempo.

Bayangkan sebuah lagu 'mellow', bisakah ia menyuntik semangat?
Biasanya lagu 'mellow' adalah sesuai untuk lagu cinta, lagu jiwa, lagu sengsara.

Haha tak percaya saya akan buat melodi-punk sebegini :)
Tak lama dahulu, saya ada menulis sebuah entry yang mengatakan bahawa saya perlu NGEROCK untuk menarik 'audience' yang majoriti.Tambahan pula, memang saya suka pop dan rock.

Musik dhuat adalah sebuah inter-terminal yang akan mempertemukan melodi, lirik bertemu dengan jiwa dan kewajipan dan dengan izin ALLAH, yang terpanggil akan melunaskan kewajipan.



Audience majoriti, kebanyakannya bukanlah di kalangan pendakwah.

Di zaman 'rock band' dahulu, sahabat band saya ada di antara mereka sukakan musik yang keras.Berbeza dengan saya yang terlalu suka akan 'Kembara'dan Search.

Berbezanya apabila menjadi ketua kumpulan Dhuat, saya lebih selasa kerana lebih bebas untuk berkarya dan menentukan halatuju musik Dhuat berbanding di zaman 'rock-jiwang' dahulu, terpaksa nyanyi lagu yang memikat hati keempat-empat kami.



Berbalik kepada intipati lagu ini, ia berkisarkan sebuah "COME BACK'.
Inshaallah akan lebih jelas terungkai dengan 'short film' terbaru kami yang berjudul
'LONG GONE SYERIFF'.

Antara kisah fiksyen kotemporeri yang sesuai difikirkan adalah apabila SUPERMAN sengaja menghilangkan kuasanya,kerana mahu bebas menjadi manusia biasa yang tak pedulikan manusia lainnya.Juga sebuah kisah dimana spiderman tak boleh lagi menggunakan kuasanya, tak berupaya dek kerana beliau hilang fokus, hilang keyakinan diri, dan bukanlah sebab beliau hilang kuasanya.

Kita, inshaallah sebagai seorang pejuang, memiliki 'keistimewaan' yang tersendiri.
Apabila semangat kita hilang, kita hilang tumpuan, secara relatifnya kita akan kehilangan keistimewaan tersebut.

Sebagai gerakan berjemaah, perlunya 'keistimewaan' yang dari pelbagai bidang.

Adapun peranan sahabat pendakwah ialah untuk berikan 'sokongan' kepada 'comeback' tersebut dan bukannya mencemuh dengan segala macam ungkitan.Itulah budaya 'TOP-UP men TOP-UP'.(Masih ingatkah kalian entry 'saling cover-mencover' saya? hehe..)

Musik sememangnya 'grey area', aku gagahkan juga demi realiti yang memerlukan aku begini.Dhuat tak minat nasyid lagi dah ke? Minat... cumanya ianya lebih sesuai bagi yang suaranya harmoni dan lemak merdu dan aku bukan di kalangan 'suara itu'.

Tambahan pula, untuk mempelajari ilmu suara pula, aku tak punya masa, kerana terlalu banyak lagu/idea yang ingin diluahkan dan sekiranya asyik tertumpu kepada nyanyianku sahaja, penghasilan produktiviti pastinya kan terbantut.Ya, pelajaran vokal saya selitkan sewaktu penghasilan produk.

Khususnya kepada sahabat saya, maafkan saya kerana tak berapa 'PERFORM' beberapa tahun kebelakangan ini.

Ya, aku kini kembali beraksi!

No comments: