Revolusi Pejuang Sejati (Lagu Tema)
Lirik/Komposer:Ahmad Dhuat
Artis jemputan :Tam(Childhood friend)
Mumbling:
Aku tak punya senjata
seperti duta Amerika,
juga tak pernah ku bangga
budaya pop antarabangsa....
Kau dengan caramu,
aku dengan caraku.
Kita GEGAR GELOMBANG DUNIA
kembalikan ISLAM yang satu...
Jangan asyik mengaduh,
jangan pula asyik mencemuh,
kita paut bahu bersama,
muliakan yang paling UTAMA!
chorus:
(suara ramai-ramai)
REVOLUSI
Sang pejuang sejati
kami rela mati
untuk sampai syahid tertinggi
Nota: Lagu sebegini dirasakan perlu untuk mengisi ruang lingkup ribuan banyak lagu cintan, Amal maaruf nan longlai.Saya tahu saya bukanlah di kalangan yang terhebat tetapi ini adalah panggilan untuk menggegar!Tentang perlunya method selain REVOLUSI, evolusi contohnya, aku lebih setuju sekiranya dilakukan sinergi sinergi dan bukannya satu selepas satu mahupun salah satu.Cukuplah bertelagah dan duduk termenung selamanya, cukuplah kritikan dalaman seakan melemahkan itu, CUKUPLAH!
Bergiat dakwahlah! itu maksud saya.
Berbanding membuat kebaikan untuk diri dan diri dan diri, tak kasihankah kepada mereka yang terkapai-kapai di luar sana, mencari mana jalan salah betulnya?
Kamu hanya pentingkan diri! Nak masuk syurga bersendiri!
Rasullullah, kata akhirnya "Ummati, ummati"
Apa iktibar yang kita ambil dari kata terakhir tersebut?
Aku Aku dan Aku!
Nak masuk syurga: Aku!
HEY! DENGAR SINI!
Kamu punya AMANAH tahu?
Amal Maaruf Nahi Mungkar.
dan bukan Diri sendiri, diri sendiri dan diri sendiri.
Orang lain pun nak masuk syurga kamu tahu tak?
Sudahlah tu dengan diri, ambik iktibar.
Rasullullah pun tak pentingkan diri.
Dia nak semua ummatnya ke syurga.
Begini, Usrah, kau cari berlipat ganda anak usrah untuk kau kaderkan.
Tahapan usrah, nah terserah anda! Programkanlah!
Majlis ilmu pula, kau ajak/sedarkan seberapa ramai anak murid berpotensi
supaya menyertai kamu juga dalam majlis ilmu tersebut dan bukannya fokus terhadap guru, ilmu dan kamu sahaja.
Bergeraklah dan berusahalah sedikit! Tolong guru kamu penuhkan majlis ilmu tu.
Begitu juga dengan solat jemaah, program kebajikan, kemasyarakatan.
1 comment:
dakwah dakwah
jangan tak dakwah..
kat tmpat saya..bila org dgr dakwah jer..dah takut..hihi
betul jg tue..maka menjadi tanggungjawab kita semua lah untuk memfamiliarkan mereka dgn perkataan malah amali dakwah mungkin...insya allah
ayuh!bangkit gagasan DHUAT sekalian
Post a Comment