Wednesday, May 14, 2008
Teddy Bear
Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Artis:the Dhuat
Jangan Berduka (Demo)
Semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya
Biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya
Usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia
Senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.
Nota:
Allah menjadikan seseorang itu unik, tersendiri.
Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza
dan juga dibebani oleh tingkatan bebanan yang berbeza-beza juga.
Peranan ahli politik adalah tidak sesuai sekiranya dia diletakkan sebagai
ahli kaji cuaca mahupun bidang yang bukan mahir olehnya.
Kata-kata, kata hikmat, tahapan pemikiran juga berbeza-beza.
Masing-masing punya amanah untuk dilunaskan.
Tak akan sama, kalau segalanya sama, boringlah hidup ini.
Semua punya hobi yang sama, tumpuan yang sama, pendekatan yang seakan-akan sama, suka benda yang sama.
Boring kan?
dan boring lagi.
Nah oleh sebab itulah kita seharusnya merai, menghormati serta menghargai sahabat taulan yang mempunyai pendekatan yang berbeza, tak serupa dengan kita.
Ilmu contohnya, pastinya akan dicemuh mereka yang tidak mempunyai nilai tambah dalam pencarian ilmu mereka.
Begini, tahapan masing-masing berbeza bukan?
Ada yang mampu ke tahap PHD, ada yang tidak.
Ukuran bagi intelektual pastilah ilmu tetapi cubalah faham bahawa tahapan otak manusia itu berbeza-beza.
Cuba praktikkan ini.
'Kita semua adalah unik, dan masing-masing hebat dengan peranan,gaya,cara dan wilayah yang tersendiri'
Cubalah 'Master' ilmu/bidang yang anda minati(walaupun ilmu perpaipan) dan bukan ilmu 'GRAND' yang 'terpaksa'(ie. title-based PHD) anda hadam.
Ilmu GRAND yang lainnya saya maksudkan adalah sosiologi, teology, mantik, sikologi, statistik,politik.
Memahirkan (Kalau sekadar 'basic knowledge' itu adalah perlu.)
Kita tak punya masa untuk 'Master' semua perkara.
Ambil ilmu yang paling dekat/bermanfaat denganmu.
Belajar amal, belajar amal.
Belajar, pendam, belajar pendam.
Mana yang anda mahu?
- itulah maksud saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment