Di Manakah Abi - Versi Unplug
powered by ODEO
Di Manakah Abi - Arraid Cover
powered by ODEO
Di Manakah Abi - Rosso Cover
powered by ODEO
Di Manakah Abi - Original Version
powered by ODEO
(Lagu format berkualiti tinggi boleh didownload di http://dhuat.multiply.com)
Di manakah abi?
Verse
Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...
bridge
Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...
Chorus
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
Prosa:Cpol (Karya asal) - http://cpol-blog.blogspot.com
Ritma:Ahmad
Vocal:Ahmad
Album:Pesanan kepada Dunia
Tahun Penerbitan: 2004
Saya diperkenalkan kepada Cpol oleh penerbit ulung kami Paiji - http://duadua.blogspot.com
Pada pembabitan awal dan hingga kini, kami membuat lagu kami pada jarak jauh.
Ya, saya dan Cpol jarang bertemu.
Hanya panggilan telefon dibuat agar saya dapat memahami isikandungan lirik yang telah diemailkan.
Apabila mendapat lirik Di manakah abi? (sekitar tahun 2004) jiwa saya tersentuh
dan meronta-ronta untuk segera merakamkan lirik yang puitis ini ke dalam bentuk pop nasyid.
Rakaman dibuat beberapa kali (baca:take) untuk mendapatkan jiwa(feel) yang sesuai.
Ada ketikanya saya sebak kerana tak boleh menyanyi dek liriknya yang begitu sayu.
Terima kasih buat Paiji dan ALUMNI HIRA' kerana dah 2 kali menjemput
insan yang tak seberapa ini untuk memeriahkan majlis kalian.
Saya masih ingat lagi, semasa di awal pembabitan saya membuat persembahan di AGM HIRA',
saya diiringi ahli kumpulan arraid yang mantap suaranya sebagai penyanyi latar.
Kali ke dua saya dijemput (ke sendiri jemput?) ke Alumni di tahun kesekian kalinya,
lagu ini pastinya menjadi lagu penutup/kemestian dek kekuatan jiwanya.
-Komentar Cpol (penulis Lirik)-
Ana diminta untuk menulis bagaimana lahirnya idea untuk menulis lirik lagu Di Manakah Abi oleh Amad. Terkedu juga bila membaca permintaannya itu, apatah lagi bilamana mengingatkan betapa lirik lagu tersebut (Di Manakah Abi) bukanlah suatu hasil kerja yang 'terlalu hebat' yang pernah ana buat. Tetapi untuk tidak menghampakan harapan seorang sahabat, ana coretkan sedikit dari mana ana mendapat ilham untuk menghasilkan lirik tersebut, dan sambil-sambil membaca, anda boleh mendengar lagu tersebut (hasil kreatif Amad) menerusi radioblog odeo di atas.
Berikut adalah catatan yang ana ambil dari ruangan comments blog Amad.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dari mana ana dapat ilham untuk buat lirik 'di manakah abi'. Ianya berlaku ketika ana diminta oleh Amad (time tu, ana baru je kenal Amad - diperkenalkan oleh Paiji) untuk mencipta beberapa buah lirik. Antara lagu terawal yang ana buatkan untuk Amad ialah Kibaran Islam dan Di Manakah Abi. Cuma persoalannya, dari mana datangnya ilham untuk buat lirik Di Manakah Abi?
Ketika memandu untuk ke construction site di Bukit Jalil, ana terfikir untuk membuat lagu berkisar kepada kisah anak dan ibunya yang kehilangan bapa/suami yang gugur sebagai syuhada' di medan jihad. ana rasa, tidak banyak lagu-lagu seumpama ini (perjuangan, jihad) dibuat, dan barangkali keluarga para syuhada Memali khasnya, tentu merindui lirik-lirik lagu yang boleh menyejukkan keresahan dan kesedihan mereka.
Ana kemudiannya, teringat sebuah lagu dari album Soutul Jihad sekitar tahun 90-an, yang berkisarkan kepada tema yang sama -dialog seorang anak mencari ayahnya.
Lantas, ana mula mencari pena dan kertas, dan segala-galanya bermula di sini....
Ketika menulis lirik, apa yang terbayang di fikiran ialah betapa sayunya (dan sukarnya) hati seorang ibu untuk menerangkan (atau lebih tepat-mengisahkan) apa sebenarnya yang terjadi kepada anaknya yang kecil, yang masih dahagakan kasih seorang yang bergelar bapa! (Sudah pasti anak itu tertanya-tanya, kenapa aku tak punya bapa seperti mereka yang lain).
Dan ana terus membayangkan keadaan tersebut (untuk mendapatkan feel dan idea sebelum diterjemahkan ke atas kertas).
Sehinggalah akhirnya, lirik tersebut dapat disempurnakan - thanks Amad atas kepercayaan yang diberi :)
That's All...
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
-Cpol-
Seterusnya kami disokong oleh penulis kreatif si miawsoleh - http://karyamuslim.blogspot.com
Ya, beliau telah mencerpenkan lagu kami.
"Di manakah Abi?' - cerpen oleh Miawsoleh.
Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai, tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri seorang ibu.
"Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi."
Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.
"Aiman. Aiman sayang ummi kan? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga Aiman." Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga meresapi ke jiwa si anak yang masih 'hijau' ini.
"Aiman ingat lagi tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh ziarah abi."
"Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi Aiman orang jahat?"
Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat seperjuangan.
"Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap, orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah."
"Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?"
"Benar Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan."
"Aiman minta maaf ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi redha anak ummi ini dipenjarakan."
Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.
"Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah. Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi dodoikan."
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama zikir mendamaikan....
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
Malam itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. "ummi, di manakah abi?" Entahlah, si anak yang masih 'hijau' apalah yang hendak dimengertikan...
p/s:Sama umoq dengan blog roslan sms hehe
No comments:
Post a Comment