Tuesday, June 24, 2008

Di Manakah Abi:Generasi ke-3

Di Manakah Abi:Generasi ke-3(2008)

AbiG3 - The Dhuat

(Rujukan:versi Asal 2004)
Di manakah abi? - Dhuat

(Akustik with enai 2007)
Di manakah abi - Dhuat

Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Jurutera Bunyi:Romeo
Studi Rakaman:Hizbi Studio
Album:Generasi ke-3



Verse

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

bridge

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...


Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...



Nota:
Di sini, ingin saya kongsikan karya (klasik dirombak ke versi G3) kami untuk kalian sampaikan kepada generasi adik-adik.

G3(Generasi3) adalah untuk adik-adik yang membesar di zaman multimedia, astro, playstation, broadband.

Kebanyakan mereka tidak tahu akan kewujudan kisah memali.
Kalau nak lagu ini silalah email ke dhuat79@yahoo.co.uk
Harap dapat disampaikan lagu ini kepada generasi-3 kalian.

Setelah mereka menyukai(mintak-mintaklah) lagu tersebut, barulah diceritakan isikandung lagu tersebut.

Lagu ini memang berkait rapat dengan ISA dan isu memali.

5 comments:

dhuat79 said...

G3(Generasi3) adalah untuk adik-adik yang membesar di zaman multimedia, astro, playstation, broadband.

Zainal Zulia said...

yo bro

bagus..sound makin raw n warm..tp pitching..kena jg bro..sbb melodi adelah hero lagu bro..rtyhm melodi pun kna jage...lg bagos kalu lu jage melodi context aje..meaning nyanyi ikut melodi asal..sbb situ la kekuatan sebuah lagu..

dhuat79 said...

Aduh... tu dia komen daripada guru musik aku :p

Baik cikgu

Saya akan buat sampai yang terbaik!!!

Saladin Convoy said...

Irama yang sangat mendodoikan (cewah, cam pandai ja nak komen irama dan lagu orang!). Memang best la mendengarnya.

Tapi ada satu yang menarikkan perhatian saya pasal lagu ini kerana entah kenapa dan bagaimana, ianya mengingatkan saya kepada lagu kumpulan Kembara yang bertajuk IMPIAN SEORANG NELAYAN tu. Mungkin sebab ada bahagian di mana ibu memujuk anaknya yang mencari² di mana bapanya kot, hohoho...

Anonymous said...

Tuan Optimus,
versi asal saya di link ini

lagi mendodoikan :)