Friday, July 04, 2008

Bekal ke ofis

Tidak lain tidak bukan, minyaklah musabab utama saya membawa bekal ke ofis hari ini(kununnya).
Minyak juga menyebabkan saya tidak sampai hati untuk menjual cd-cd saya, makanya saya hanya sampaikan secara percuma ataupun email kepada peminat musik dhuat(kununnya juga).
Saya tahu kita semua kesempitan.
Demotivated juga rasanya untuk meneruskan musisi.

Berbalik kepada tajuk kita hari ini.
Ya, saya rasa macam budak tadika balik, membawa bekal ke ofis.
Apa tidaknya, makan di kedai sahaja menurut seorang sahabat saya, harganya mencecah 6 ringgit.
Kisah saya pula, hanya memakan ikan keli berserta sayuran, hanganya pula RM 4.50.

Dua hari sudah saya ke pasaraya membeli 'tupperware'.
Persediaanlah katakan.

Alhamdulillah, pagi tadi, adik saya, Aini memasak spaghetti goreng.
Best juga.
Membawa bekal ke ofis.
Teringat zaman budak-budak.
Seronok berperasaan begini.
Nikmatnya adalah makan di ofis :)

Oh ya insyaallah saya berangan nak buat potluck konsert.
Picknic dan potluck memang kesukaan saya sedari kecil.
Mama dan papalah yang mendidik kami supaya seronok berkhelah di air terjun.

Best woo (sejuk sambil memakan sardine sandwitch bekalan makanan)

Tetapi sedihnya, saya berbelanja lebih tadi.
Lebih dari yang sepatutnya kerana sudah kenyang, makanya dibelilah makanan
dessert yang melangkaui perbelanjaan biasanya.

Moral:kalau dah bawa bekalan ke ofis tu, tak payahlah berbelanja makanan langsung!


Berikut disertakan entry adik ipar saya yang menyentuh hati mengenai bekal ke sekolah.
Layari blog beliau di

Bekal Ke Sekolah

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bari yang terletak dalam 500 meter dari rumah kami hanya berjalan kaki untuk pergi dan pulang. Kebetulan ayah pun tidak pernah membelikan kami basikal.

Ibu selalu memasak pada awal pagi bagi membolehkan kami bersarapan dan membawa bekal ke sekolah. Jika tidak sempat menyiapkannya sebelum kami pergi ke sekolah, maka ayah akan menghantarnya ke sekolah sebelum masa rehat kami. Aku masih seakan-akan ternampak bayang-bayang ibu yang bangun awal pagi dan menyalakan dapur kayu dan ianya menghasilkan asap-asap yang akan memenuhi seluruh rumah dan dapat dilihat dari bayang-bayang lampu dari dapur. Peristiwa ini hanya sempurna terlakar dalam memori, kerana tak mungkin dapat diceritakan melalui tulisan ringkas ini.

Ibu suka memasak Nasi Goreng, Mihun Goreng, Mee (kuning) Goreng, Nasi Lemak, Roti Sambal, Laksam dan Jemput-jemput. Aku sangat gemar pada rasa Roti Sambal ibu yang sangat lembut dan sedap. Jika ibu membuat lebih biasanya aku akan membawa lebih ke sekolah dan menjual kepada kawan-kawan, tapi aku pun sudah lupa berapa harga yang aku letak. Tapi aku juga sangat suka bila ibu membuat Laksam, kerana aku akan turut serta dalam proses membuatnya. Suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan apabila dapat menuangkan cecair tepung ke atas tudung periuk atau bekas loyang leper dan diletakkan dalam periuk kukusan yang sedang panas di atas dapur, apabila sudah masak akan digulungkan dan dipotong-potong sebelum dimakan dengan kuah putih dari santan.

Bekalan makanan yang dibawa ke sekolah yang diisi dalam bekas plastik bertingkat-tingkat hijau muda itu akan kami adik-beradik makan beramai-ramai di bawah suatu pokok yang rendang di belakang kantin. Aku teringin melihat jika pokok itu masih ada di situ. Kadang-kadang di situ jugalah kami bergaduh berebutkan makanan yang sedikit. Sudah namanya budak-budak...

Komen Isteri beliau (adik perempuan saya)

Mesti comel kamu adik beradik makan di bawah pohon hijau tu..Kalaulah zaman tu zaman camera digital, pasti ada yang ambil gambar.. hehe...

Teringat pula saya tentang bekalan saya ke sekolah dahulu.. kamu amat beruntung kerana ada orang yg menyediakan bekal ke sekolah..berbeza degan saya yang hidup di kota, dunia yang penuh kesibukkan.

Ibu bapa tidak sempat menyediakan bekalan saya ke sekolah.Awal-awal pagi sudah kena pergi kerja untuk mengelakkan jem.. heh.. jadinya ibu tak sempat menyediakan bekalan saya ke sekolah..

Saya amat cemburu dengan kawan-kawan yg membawa bekalan dr rumah.Pernah satu ketika saya menyediakan bekalan sendiri (roti+milo dan air milo) dan dengan bangganya saya memberitahu kawan-kawan, "Mak kite pun buat bekal untuk kite!"


-sedih juga entry adik ipar saya dan komen adik perempuan saya :(

5 comments:

mf said...

teman-teman. mari kempen untuk kebebasan berkarya.

nursaiful said...

...aii... dah bawa bekal pun, masih keluarkan duit untuk 'perbelanjaan tambahan' ke hehe...

ana makan makanan RMT (rancangan makanan tambahan) murid je kat skolah, takyah bayar :-)

Anonymous said...

Betul tak kadang-kadang...

Yang berbekal cemburu pada yang punya duit poket buat keluar belanja. Yang perlu keluar mencari nasi bungkus/kandar atau apa saja pasti cemburu juga melihat yang berbekal tentu ada yang sayang dan menjaga.

Syukur selalu untuk apa yg ada :)

dhuat79 said...

Hadey... :)

Lidah Penghunus said...

kahwin la wahai sahabatku amad