Tuesday, July 08, 2008

Karya Tuhan:Versi berkembar


Karya Tuhan

Lirik: Albazrah
Komposer:Ahmad Dhuat
Album: Filsuf Sufi:Suatu Terapi

Versi Akustik

powered by ODEO

Versi Pop

powered by ODEO


+Terjemahan bait lirik Albazrah di bawah ini, saya yang minta beliau membuatnya.Cpol juga terpaksa membuat terjemahan liriknya untuk difahami oleh sang penulis ini (baca:sayalah tu) sekiranya sukar difahami penulis (baca:saya lagi).Sambil mendengar lagu ini, kalian juga boleh memanfaatkan masa
dengan membaca terjemahan di bawah.Terima kasih :)

Insan karya Tuhan
Terselit keagungan
Bagi hati yang inginkan
Kecintaan kedamaian

(Syarahnya:
Seluruh alam termasuk manusia, merupakan hasil seni penciptaan Tuhan. Sebagaimana novel adalah hasil seni pengarangnya. Sebagaimana lukisan ia adalah hasil seni karya pelukisnya. Begitu juga dengan lagu, ia dicompose oleh composer lalu diterjemahkan menjadi lagu, suatu seni music yang bermain-main dalam sanubari seseorang pemuzik terlahir dengan rentak yang pelbagai.

Dan manusia merupakan suatu karya agung Allah s.w.t. Dalam diri manusia jika kita teliti akan terbukti keagungan Tuhan. Insya Allah, Apabila kita tahu hakikat manusia tersebut hati akan tenang, hati akan dikurniakan cinta oleh Allah)

Di antara berjuta makhluk
Si faqir insan ditinggikan
Menjadi biasan tajalli
Nama-namaNya.

(Di dalam berjuta-juta kejadian dan makhluk Allah, daripada yang besar hingga yang paling kecil, dari dasar lautan sehingga ke angkasa raya, Allah telah memilih manusia sebagai khalifah memikul amanah. Manusia ditinggikan martabatnya dibanding segala makhluk yang lain.

Dari kalangan manusia Allah melantik para Nabi. Dari kalangan manusia lahirnya Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi kekasih Allah. Ini kerana manusia merupakan ”opposite” kepada nama-nama Allah. Manusia menjadi cermin yang mereflekkan nama2 Allah. Sepeti munajat uwais al-Qarni, ”Antal Qawiy wa Ana al-Dhaif, Antal Raziq wa ana al-Marzuq, Antal Syafi wa ana al-Maridh, Antal ’Aziz wa ana al-Dhalil”. Jadi dengan memerhati dan melihat kekurangan dalam diri kita, kita akan tahu bahawa Allah mempunyai nama-nama yang ”opposite” dengan sifat kita.)

Dia Yang Menjadikan
Dan insan itu kejadian

(Ini daripada Munajat ’Uways Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq, Engkau Maha Pencipta, dan aku yang dicipta)

Dia Menguasai
Lalu insan dikuasai

(Anta al-Malik wa ana al-mamluk, Engkau Yang Maha Menguasi, akulah yang dikuasai)

Tika hati terluka
Dengan dosa juga noda
Pulang kepada Dia
Kerna Yang Pengampun pasti terima

(Ini daripada munajat ’Uwais Anta al-Ghafur wa ana al-Muznib, Engkau Yang Pengampun, dan akulah yang melakukan dosa)

Bila insan ketakutan
Dia datang Mengamankan

(Ini daripada munajat ’Uwais Anta al-Amin, wa ana al-khaif, Engkau yang Memberi keamanan sedangkan aku ketakutan)

Bila insan kesakitan
Al-Syafi tiba menyihatkan

(Ini daripada munajat Uwais, Anta al-Syafi wa ana al-Maridh, Engkau Maha Merawat dan akulah yang sakit)

Sungguh sempurna kejadian
Menjadi khalifah hamba Tuhan
Semua makhluk tunduk akur
Memberi khidmat buat insan

(Dan apabila seseorang itu mempunyai iman, dia akan dapat menilai semua perkara dengan menghubungkan kepada Nama dan Sifat Tuhan. Dia akan tunduk dan tawadhuk kerana sedar segala kekurangan dan kedhaifan adalah sifat manusia. Apabila dia sedar segala kekurangan ini, apabila sedar sifat2nya yang lemah, manusia itu akan bergantung semata-mata kepada Allah. Allah memiliki segala sifat dan nama yang ’opposite’ daripada sifat manusia itu tadi.

Jadi, hamba yang tawadhuk dan merendah diri ini pasti akan dibantu Allah. Lalu Allah akan memerintahkan seluruh makhluk di alam ini, supaya mencintai hamba tadi. Supaya berbuat baik kepada manusia yang beriman tadi.

Seperti Nabi Yunus, ketika baginda telah tersilap meninggalkan kaumnya merajuk lalu membawa diri. Ketika itu Allah sangat marah, lalu memerintahkan seluruh alam marah. Laut bergelora, Ikan menelan baginda. Baginda merupakan kekasih Allah, lalu terus menyedari kesilapan diri. Baginda bertaubat mengadu segala kezaliman dirinya. La’ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Nabi Yunus mengaku Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha suci Engkau sesungguhnya aku daripada orang2 yang zalim.

Setelah baginda mengulang-ulang doa penuh khusuk sujud dalam perut ikan, lalu Allah perintahkan alam berlembut dengan baginda. Munajat Nabi Yunus menggemparkan langit, lalu ikan telah menghantar baginda ke pantai. Laut kembali tenang, malam yang gelap menakutkan kembali cerah dengan bintang-bintang. Allah marah bukan benci tetapi Allah mendidik. Dari situ kita mengenali Allah dengan kekurangan dalam diri)

Di dalam diri insan
Ada rahsia Tuhan
Sekali dimengerti difahami
Terbongkar rahsia alam

(Itulah rahsia yang Allah sembunyikan dalam diri manusia, manusia adalah cermin yang sempurna untuk mengenali Allah. Apabila seseorang manusia faham tentang rahsia ini, iaitu rahsia nama-nama Allah yang tersembunyi dalam setiap inci kejadian diri manusia, manusia akan faham seluruh alam semesta. Alam juga akan dilihat sebagai cermin mentajallikan segala nama Allah yang indah. Sifat keras Allah seperti ’Aziz, Jabbar, Mutakabbir akan dapat difahami apabila melihat bencana seperti tsunami, gempa, banjir dan gunung berapi. Dicelah-celah itu ketika melihat ada bayi yang terselamat ketika orang lain semua mati, kita akan faham itu sifat Allah yang pengasih dan penyayang. Lihat pula kepada seluruh cakerawala yang kemas tersusun rapi tidak pernah berlanggar, proses fotosintesis mengambil karbon dioksida dan lepaskan oksigen utk manusia, putaran kejadian hujan, siang dan malam itu menunjukkan pelagai nama Allah lagi seperti Al-Mudabbir yang maha mentadbir, Al-Hafiz dan sebaginya. Dengan faham tentang nama-nama Allah ini kita akan tenang hadapi apa sahaja. Ketika melihat kelembutan seorang ibu, kita akan nampak sifat Allah Al-Hannan, Al-Rahman. Melihat kepada, penyakit, doktor, jururawat, hospital dan ubat seharusnya kita ingat Allah yang sifatnya al-Syafi. Begitulah dikiaskan dengan segala yang ada dalam alam)

p/s:Allahhuakbar! Tahniah Albazrah!
Memahami makna nyanyian amatlah penting.
Sekiranya sang penyanyi tidak memahami apa yang dinyanyikannya,
maka samalah beliau dengan burung kakak tua atau tape recorder.

3 comments:

nursaiful said...

Ana sangat terkesan bila membaca lirik lagu ni... apatah lagi bila mendengar lagunya.

Lirik yang cukup tinggi tetapi bermakna.

Unknown said...

Lyric dan lagu yang bermakna lahir dari hati yang bercahaya-cahaya..Subhanallah Alhamdulillah Allahakbar

Anonymous said...

xleh dgr pun??