Monday, August 04, 2008

ALLAH dan RASUL mengatasi kepentingan peribadi.

ALLAH dan RASUL mengatasi kepentingan peribadi.

Mengaharungi perjalanan hidup ini, tidak dapat tdak, kita akan sentiasa diuji.
Aduh, Adeh dengusan suara biasa, namun hati yang besar akan menghadapi segala kemungkinan dengan tenang,Terima qada dan qadar.Bersikap qonaah.

Bersyukur atas segala rahmat yang dimiliki.Bersyukur atas kesejahteraan iman.

Mencintai ALLAH dan Rasul adalah sesuatu yang agung kerana ia melangkaui zaman manusiawi, ya time-line akhirat di sana menanti. Masa depan nan pasti.

Masa depan yang gemilang adalah mereka yang berjaya memperoleh tempatnya di sisi ALLAH dan Rasulnya.

Ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak yang perlu dikorbankan demi mencapai tahap iman tertinggi ini.Ini termasuklah korban perasaan, korban keinginan peribadi, korban hobi dan kurang tengok TV.

Qalbu, sebelum disentuh untuk didotrin, seeloknyalah disucikan dahulu dengan amalan-amalan terpuji seperti berpuasa, berbuat baik dan berbaik sangka, sentiasa berzikir dan mengaji.

Ada beberapa method yang digunakan untuk 'qalbu journey theraphy' ini.
Antaranya adalah musik, hipnoptik, dadah dan yang paling hebat sekali ialah solat.

Aku pasti, sebelum hijrah, israq-mikraj merupakan suatu Qalbu journey theraphy dan setelah itu, ianya diterjemahkan ke dalam pentuk perbuatan yang terbesar impaknya, Hijrah ke Madinah al Mumawwarah.

Husnul Khatimah disucikan hatinya, dan apabila hatinya tenang, tiada dukacita, maka kekuatah hati dan semangat kental beliau yang luar biasa itulah yang mendorong tenaga motivasi hati dan ia tersebar kepada para sahabat.Mereka energetic!


Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari kerungsingan dan dukacita, aku berlindung dengan Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung dengan Mu dari perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang.

No comments: