Sunday, August 10, 2008

Betapa aku ingin menjadi SUPER STAR!

Tetapi, cikgu sekolah dahulu menasihatiku supaya berhati-hati dalam memilih kerjaya.
Pengarah filim, besar sahamnya mempamerkan dosa, segerombolan dosa-dosa manusia ditayangkan, sekiranya salah gaya.

Di era akhir tahun 90an, aku memilih untuk ke bidang grafik multimedia.
Terkubur hasrat untuk bikin filim.

Usai grad, aku memilih lagi agar terhindar dari jalan maksiat.Pemilihan tempat kerja.
Aku hindar Astro, aku hindar TV3, aku hindar NTV7 semata-mata untuk mengambil jalan bersih.

Nah, sekarang sudah ada TV9, Astro Oasis, Astro Awani, bernama TV, aku ingin mengisi kelompong itu.

Nanti dulu!

SUPERSTAR seharusnya ada nama, badan susuk tegap, macho, hensem, tinggi...

Tapi beb, itu mentaliti 90an dahulu.

Sekarang zaman millennium, Jack Black(Kungfu Panda) Adflin Shauqi, badan montok-montok, hmnn awie juga di dalam list, oh ya si keding apek pun superstar juga.

Nah superstar itu lahir dari jiwanya dan bukan fizikalnya.

Belum masanya aku muncul...

Nanti-nantilah, filem stylo-milo dhuat ala-ala Rajnikanth.

Pastinya short filem "Long gone sheriff' akan ketemu anda tak lama lagi.

Tunggu!

2 comments:

Tawel Sensei said...

Nanti kalau nak bikin filem, panggil le hamba. Bagi watak pak kaduk pun jadilah. Hehe :)

Ahmad said...

Ok jer Tawel.Hmnn bila nak balik Malaysia 'for good?'