Thursday, August 21, 2008

DHUAT! The Grand Design



Assalamualaikum para pembaca setia blog ini.(Tak kesahlah berapa ramai pun)

Di sini, ingin saya terangkan kerangka di-sebalik tabir, iaitu grand design album-album kami.

Secara keseluruhannya, kami menyeru pendengar kami supaya kembali kepada islam.
Umumnya.

Secara khususnya pula, setiap album mempunyai peranan yang tersendiri terutama 3 album yang mutakhir ini-Revolusi Pejuang Sejati, Filasuf Sufi:Suatu Terapi dan Hidup!

Segalanya bermula sejak tahun 2006, yang mana saya menginginkan bahawa setiap lirik yang dihasilkan mempunyai kertas kerja, fakta mahupun pengalaman sebenar, supaya proses pengaliran roh islami ini adalah benar-benar dan bukannya dibuat-buat.

Tercetusnya album Revolusi Pejuang Sejati adalah kerana musik membelai(Amal Makruf) terlalu tepu di Malaysia.Perlu difahami di sini bahawa saya bukanlah anti kepada amal makruf bahkan album Filsuf Sufi juga mengenengahkan persoalan Amal Makruf jua.

Album Revolusi menghidupkan motivasi semangat juang, di samping nahi mungkar serta kritik sosialnya terhadap politik serta sosial di Malaysia.Juga menerapkan tentang disiplin pejuang mengenai hubungan lelaki-wanita, jauhi rasuah, pemimpin seharusnya adil, pejuang mestilah kuat semangat dan kebersamaan melakukan dakwah walaupun kita berlainan warna serta zaman.Lirik ditulis oleh Aduka the Dhuat berserta Cpol the Dhuat, penulis tetap Dhuat.

Album Filsuf Sufi:Suatu Terapi pula mengkhususkan kepada pembersihan jiwa serta pautan teragung terhadap Sang Khaliq.Antara penulis yang menyumbangkan lirik untuk album filsuf ini adalah Cpol, Albazrah dan Alqasam.

Album Filsuf Sufi dan Revolusi adalah album berkembar.

Penghasilan Hidup! pula dilakukan kerana tema Filsuf Sufi adalah berat, dan untuk meringankan atau bahasa lainnya, pembukaan kepada sesuatu yang lebih berat, maka album Hidup! digarap untuk ketengahkan konsep mempercayai, menyayangi serta mengenali diri sendiri, sebagai persediaan untuk mengenali ALLAH.

Sekian adanya...

Sokonglah kami!

p/s:Musik, musik juga, majlis ilmu, usrah, kerja dakwah jangan tinggai...Untuk kesekian kalinya aku menyatakan perasaan sedihku kerana tidak dapat menghadiri muktamar di Ipoh :(

No comments: