Thursday, August 07, 2008

Yuk bedah lirik?

Malique ft M Nasir


Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

p/s:Rasaku, semangat jebat dibangkitkan semula.

1 comment:

Pointer said...

Poin 1 dari Mr A

assalamualaikum,setelah lama tidak menjenguk forum ini akhirnya wujud sedikit ruang untuk melihat dan memberi sedikit pandangan.saya tidak ingin lari dari isi diskusi dan hormat diatas permintaan pembuka topik.

andai benar segala isinya wujud unsur-unsur tidak molek,dan yang paling jelas ialah frasa 'biar jahat asal selamat'.dipendekkan cerita,adakah si pembuat lagu seorang muslim?dan adakah kita seorang muslim,apabila kita mengiya dan mengaku diri ini seorang muslim,maka kita mengaku kita ini hamba,apa kah yang bisa kita tafsir dari maksud islam itu sendiri?tidakkah salah satu maknanya ialah mengabdikan diri sepenuhnya?

dan adakah lirik-lirik seperti diatas mempunyai dan menunjukkan unsur dan sifat bahasa yang membawa erti kembali kepada asas iaitu wujud rasa dan penterjemahan seorang hamba?tidak tahu jika kita menyokong bahasa dan ayat-ayat yang jauh dari sifat demikian malah menafikan hakikat yang hak secara total dan tidak langsung pabila kita memilih untuk bersetuju dengan yang batil.

Poin 2 dari Mr B

hahaha,mari kita mengerakkan neuron kita...dye nih cakap...bila kita muslim dan mengaku muslim,maka wajib apa yang kita wat berlandaskan islam dan mencerminkan kita seorang muslim..apakah ciri2 seorang muslim??total submission,adakah lirik2 cam kat atas ngn code gangsta itu mencerminkan seorang hamba kepada tuhan lagi ayat biar jahat asal selamat...

dan si grim nih bertanya adakah lirik mentera nih membawa kembali erti asal seorang muslim iaitu perterjemahan lirik itu ialah unsur kehambaan terhadap tuhannya??dan beware,jangan sampai kita mengiyakan yang batil iaitu yang tak betul kerana unconciously ia menidakkan yang hak...

itu yang aku paham setelah menggerakkan sedikit pemikiran walau otak sangap dalam keadaan bosan..hahahaha

(sumber poin dari http://www.toophat.com.my)