Friday, November 07, 2008

Penjualan album the Dhuat






Alhamdulillah, banyak juga yang terjual, hampir 35 keping cd kot yang telah terjual.
Cumanya, tak mampu lagi memberi komisyen bentuk faraid kepada team dhuat yang telah banyak menyumbangkan jasanya.Kos menghasilkan musik syok sendiri sebegini bukanlah murah.

Enai pembeli pertama!(versi berwarna)
Terima kasih Aiman budak menulis, Abang Bad, Kak Suria, Tanter Arni dan ramai lagi pembeli yang simply membeli tanpa mendengarnya terlebih dahulu.

Pada mulanya, cover album cuma berwarna hitam putih cuma, mama yang komen supaya ianya berwarna warni agar kelihatan menarik, tertarik memang debomb!

Terima kasih tiada terhinggga buat team dhuat kami, Aduka dan Cpol, kerana jikalau tanpa dorongan, pertolongan serta doa mereka, the dhuat sudah pastinya telah terkubur pada suatu ketika dahulu.

Penjualan album pada kali ini tidak selektif, ditujukan terus kepada rakyat jelata, yang bertutup litup, yang berseluar pendek, yang muda, yang tua.Itu yang menghairankan, makcik yang membeli(baca:pendakwah juga) yang umurnya mencecah 60an tutut menyokong lagu rock dakwah ini, beliau meminta dibuat lagu ditujukan khas untuk warga muda supaya menghormati warga tua.

Aku nekad untuk menyampaikan jua lagu dakwah kami moga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat jelita eh jelata, ya Hidayah adalah milik ALLAH, pastinya aku takkan 'play safe' pada kali ini, menjual kepada masyarakat 'berfikrah' semata.

Dakwah untuk semua!

Berdasarkan maklum-balas, ramai yang menggemari lagu berikut

Angin
Palestina
Hizbi
Revolusi Pejuang Sejati
Kembali beraksi!

Ekhem, hangpa yang dok membaca entry ini, bila nak beli?



1)-Prolog Revolusi Pejuang Sejati- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


2)-Angin- Aduka/Dhuat

powered by ODEO


3)-Generasi- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


4)-Palestina:Dendangan Luka- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


5)-Romeo+Layla- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


6)-Kibaran Islam- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


7)-Hizbullah- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


8)-Marhaen- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


9)-Abdullah's Song- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


10)-Kembali Beraksi- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


11)-Revolusi Pejuang Sejati- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


p/s:CD cover terdapat 4 versi plain colour dan 1 versi bergambar.Versi bergambar SOLD OUT!

6 comments:

*Mawar Nafastari* said...

haha.. obsess nye dia

Anonymous said...

hangpa???? :P

kamal sabran said...

salam,
terima kasih singgah di blog saya.
saya tertarik dgn projek2 anda.
mungkin satu hari kita boleh berkolaborasi.

:)

dhuat79 said...

Inshaallah :)

nursaiful said...

wow... permulaan yang menarik! Anyway, moga kita tidak tersasar daripada matlamat yang sebenar ... :-D

Ya Muqallibal Qulub, thabbit qulubana 'ala dinika wa tho'atika.

Anonymous said...

Salam, tahniah bro! lama sudah kita tidak berukhwah. terasa kapitalisme nya diri ini.