Thursday, November 06, 2008

Belajar Dari Dua Umar

Buku Belajar Dari Dua Umar dipetik dan disusun dari perbualan & ceramah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz hasil penerbitan setiausaha sulitnya Annual Bakri Haron (Anbakri Publika Sdn Bhd). Annual Bakri merupakan seorang yang meminati seni terutamanya seni bahasa yang terkandung dalam Al-Quran. Dua Umar yang dimaksudkannya adalah Umar Al-Khattab (Khalifah kedua) dan Umar Abdul Aziz (Khalifah kelapan Bani Umayyah di Damaskus). Sehubungan dengan itu juga, antara mereka dikatakan mempunyai pertalian darah keturunan yang sama. Tambahan pula aku memang meminati karektor dua orang Umar ini. Baru-baru ni sedang aku jalan-jalan dalam galeri sebuah kedai buku, aku terpandang buku ni, tengok-tengok dari Tuan Guru dan Annuar Bakri (Dua orang tokoh ni juga aku minat), apa lagi aku terus sambar la. Aku sukakan sikap zuhudnya, aku sukakan sikap pandangan jauhnya. Umar Al Khattab kata Nabi saw merupakan seorang manusia yang dukurniakan Allah ilham. Sebab tu dia seolah-olah mampu melihat apa yang orang lain tak pernah terfikir dan capai oleh mata kasar. Contoh pertelagakannya dengan Abu Bakar tentang tawanan perang Badar. Walaupun pada asalnya Nabi saw menerima pandangan Abu Bakar untuk membebaskannya, tetapi mendapat teguran dari Allah yang menerima pandangan Umar itu adalah lebih tepat. Bagimana Umar melihat perlunya Al-Quran dibukukan, kerana ramai para penghafal tekorban dalam perang. Pandangan ini juga pada asalnya tidak dipersetujui oleh Abu Bakar kerana baginya dia tidak mahu melakukan apa yang tidak pernah Nabi saw buat. Bagaimana kisah Umar mengutuskan surat kepada Sungai Nil memerintahkan ia supaya mengalir. Sungai tersebut tidak pernah berhenti mengalir sejak dari zaman Firaun lagi, tapi Allah ingin menguji Saidina Umar dengan menghentikan alirannya. Bagaimana dia memberi arahan kepada tenteranya yang sedang berperang sedangkan dia ketika itu sedang berkhutbah di tempat yang lain.

(Dipetik daripada blog sahabat rapat saya-Zuhdi)

No comments: