Thursday, February 12, 2009

Rujukan nyanyian saya

Iya, benar saya kepingin merakamkan melodi baru, pendekatan baru.
Layout design cover baru, SOUL baru.

SEMANGAT baru!

Kebanyakan cara nyanyian saya adalah ala-ala folk, hantam keromo.
Itu yang saya akan perbaiki dalam album mendatang kami.

Dari segi SOUL, saya merujuk kepada Ramli Sarip dan M. Nasir serta Iwan Falls.
Bruce Springsteen juga.

Juga ia berkaitan dengan pendekatan musik, sekiranya lagu sajak-grunge, aku akan seupaya mungkin menyanyi dengan merujuk kepada Gin Blossoms, Radohead.

Aku tau, agak terlambat juga untukku 'project' suara yang indah, mulus, gemalai nan harmoni.Tetapi itu tidak menghentikan aliran semangat ribut halilintar saya!

Walaupun album seterusnya masih lagi 'fast-rock' (langkah selamat woo) saya akan merujuk kepada mereka yang pada pengamatan saya mempunyai vokal yang best!
Arraid, Awiz, Alexumar, Muadz(tentulah!), Faizal Tahir, dan sewaktu dengan 'kelas' mereka yang tersendiri.

Semalam, berjumpa dengan Naib Ketua Pemuda kawasan saya, kasihan saya lihat kepadanya, masih bertungkus lumus berdakwah walau 'back-up' yang diterima amatlah menyedihkan.

Saya kata kepada beliau, "Anta ni, ana kagumlah, anta ni cinta dakwah kan? bukan cuma melunaskan tugas dakwah..."

Beliau menjawab, " Tak juga Ahmad, ana pun manusia biasa, kita kena mujahadah sentiasa."

Wake up call untuk saya dan mereka yang se'nasib' denganku!




powered by ODEO

Lirik/Komposer:Ahmad Dhuat
Pejuang Sejati Kembali Beraksi!

Pejuang sejati kini kembali beraksi!
Berdegar! Berkobar! Aku berikrar!
Cukuplah sudah tidur, cukuplah 'fatrah' ini.
Kini kukembali untuk beraksi!

Chorus
Sambutlah 'salamku' ini, duhai teman, para pendaei.
Berikan aku peluang ini, aku ingin beraksi...

aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...



Nota:

Untuk sesuatu yang 'zest-injection' adalah perlu sesuatu lagu yang rancak yang penuh dengan tempo.

Bayangkan sebuah lagu 'mellow', bisakah ia menyuntik semangat?
Biasanya lagu 'mellow' adalah sesuai untuk lagu cinta, lagu jiwa, lagu sengsara.

Tak lama dahulu, saya ada menulis sebuah entry yang mengatakan bahawa saya perlu NGEROCK untuk menarik 'audience' yang majoriti.Tambahan pula, memang saya suka pop dan rock.

Musik dhuat adalah sebuah inter-terminal yang akan mempertemukan melodi, lirik bertemu dengan jiwa dan kewajipan dan dengan izin ALLAH, yang terpanggil akan melunaskan kewajipan.



Audience majoriti, kebanyakannya bukanlah di kalangan pendakwah.

Di zaman 'rock band' dahulu, sahabat band saya ada di antara mereka sukakan musik yang keras.Berbeza dengan saya yang terlalu suka akan 'Kembara'dan Search.

Berbezanya apabila menjadi ketua kumpulan Dhuat, saya lebih selasa kerana lebih bebas untuk berkarya dan menentukan halatuju musik Dhuat berbanding di zaman 'rock-jiwang' dahulu, terpaksa nyanyi lagu yang memikat hati keempat-empat kami.



Berbalik kepada intipati lagu ini, ia berkisarkan sebuah "COME BACK'.
Inshaallah akan lebih jelas terungkai dengan 'short film' terbaru kami yang berjudul
'LONG GONE SYERIFF'.

Antara kisah fiksyen kotemporeri yang sesuai difikirkan adalah apabila SUPERMAN sengaja menghilangkan kuasanya,kerana mahu bebas menjadi manusia biasa yang tak pedulikan manusia lainnya.Juga sebuah kisah dimana spiderman tak boleh lagi menggunakan kuasanya, tak berupaya dek kerana beliau hilang fokus, hilang keyakinan diri, dan bukanlah sebab beliau hilang kuasanya.

Kita, inshaallah sebagai seorang pejuang, memiliki 'keistimewaan' yang tersendiri.
Apabila semangat kita hilang, kita hilang tumpuan, secara relatifnya kita akan kehilangan keistimewaan tersebut.

Sebagai gerakan berjemaah, perlunya 'keistimewaan' yang dari pelbagai bidang.

Adapun peranan sahabat pendakwah ialah untuk berikan 'sokongan' kepada 'comeback' tersebut dan bukannya mencemuh dengan segala macam ungkitan.Itulah budaya 'TOP-UP men TOP-UP'.(Masih ingatkah kalian entry 'saling cover-mencover' saya? hehe..)

Musik sememangnya 'grey area', aku gagahkan juga demi realiti yang memerlukan aku begini.Dhuat tak minat nasyid lagi dah ke? Minat... cumanya ianya lebih sesuai bagi yang suaranya harmoni dan lemak merdu dan aku bukan di kalangan 'suara itu'.

Tambahan pula, untuk mempelajari ilmu suara pula, aku tak punya masa, kerana terlalu banyak lagu/idea yang ingin diluahkan dan sekiranya asyik tertumpu kepada nyanyianku sahaja, penghasilan produktiviti pastinya kan terbantut.Ya, pelajaran vokal saya selitkan sewaktu penghasilan produk.

Khususnya kepada sahabat saya, maafkan saya kerana tak berapa 'PERFORM' beberapa tahun kebelakangan ini.

Ya, aku kini kembali beraksi!

1 comment:

Zainal Zulia said...

BAgos. ko da konfiden. Bole rase