Tuesday, April 14, 2009

Soundtrack of my life:Soundtrack kehidupanku

Soundtrack of my life

Aku mula meminati M Nasir tatkala mendengar lagu express Rakyat.
Lagu beliau yang lain memang tak kuketahui sehinggalah pada suatu ketika, tingkatan 5, dipandu oleh sahabat ayah, dalam perjalanan ke rumah, aku jatuh chenta dengan lagu Kepadamu Kekasih-nyanyian kembara yang berkumandang dalam perjalanan tengahari terik yang penuh sesak itu.

Bila sudah dewasa, mencecah 30 tahun, barulah ku sadari bahawasanya lagu itu ditujukan buat sang Pencipta.

Pernah dengar tak lagu "kici kici lembu jaga" tak?
Setelah dewasa juga barulah ku sadari tentang slanga pujabi yang tatabahasanya terbalik.

Lagunya berbunyi begini

Kici kici lembu jaga
sudah besar
masuk askar
sudah pencen
bank jaga
sudah mati
kubur jaga

chorus:
Ada misai tada janggut itu kucing
ada janggut tada misai itu kambaing

kici kici, lembu jaga... (dan seterusnya)

Dahulunya, aku ingatkan lembu jaga dia, bank jaga dia.
Rupa-rupanya dia yang jaga.Tatabahasa Baiya memang terbawik :)


Waktu itu, (lagu ekpress Rakyat) umurku 5 tahun. Keluargaku tidaklah mendengar siaran
radio Blue Network atau Radio Redifussion(Radio berbayar).
Depeche Mode memanglah asing bagi budak Melayu sepertiku.
Sudirman, Alleycats, siaran RMIK ibukota! Pujaan 10 Nescafe
menghidupkan sountrack kehidupanku sewaktu anak-anak dulu.

Di kereta ayahku, sering berkumandang lagu omputeh yang aku tak faham haram jadah hehe.
Wo wo Ye ye.. dan lagu Beat it memanglah famous di ketika ini.

Di radio tersebutlah kami mendengar Wings, Search, Gersang di pujaan 10 Nescafe!
Tidak lupa juga Juara Lagu tv3 turut menyumbang dalam pembikinan sountrack aku.

Sewaktu zaman 'Brick Game' melanda Malaya, lagu Olan, Search, Zainal Abidin

Sewaktu di tingkatan 1 dan 2, aku tinggal di JB bersama familiku.
Pengaruh Singapura memanglah kuat, aku sering mendengar radio my 98.7 Perfect 10!
WArna 94.2 Di waktu era ini, lagu dangdut membanjiri Johor Bahru.

"o oo o aku rindu, katakan padanya aku rindu,
o burung nyanyikanlah...."


Akar Kita, Bonda, menjerumuskan aku supaya membeli 'Canggung Mendonan'.
Lagu yang jiwa Melayu.Lagu UMNO haha... Pada ketika ini kawan-kawan aku dok layan KRU.

-bersambung lah pulok!-

Akan datang

Meatloaf
Empire Records
Ada Apa Dengan Cinta

2 comments:

tintamurabbi said...

mana sambungannyer?

elmaf said...

huhuhu... best jugak layan..