Wednesday, May 13, 2009

Creative to the max!

Orang kreatif, lagaknya dan perilakunya seakan-akan serupa dengan mana-mana jejaka atau nona kreatif yang ada di muka bumi.

Ingin hasil kreatif daripada mereka?

Jangan dikekang nilai seni mereka.
Jangan dicabar nilai terjemahan mereka.
Jangan disuruh mereka lagaknya 'robot' seni.

Iya, iya aku tahu kamu bos.
Suruh itu ini.
Nak sekian dan demikian.

Serahkan sahaja kepada 'ahli'nya
untuk terjemah gagasan anda dalam bentuk media.

Jangan dijumudkan kerakusan diktatorship mu itu.
Kelak mengundang karya yang lesu dan lepu...
(Aku lepuk kau karang...)

Nah, nanti siapa yang malu?

Oleh itu seharusnya diperkasakan 'brief' dan 'harapan' kalian,
berbanding memberikan arahan "Aku mau konsep yang sedemikian..."

Siapa designer Di SINI?
Iya iya aku tau kau bos tetapi SENI ini wilayah aku!
Jangan masuk campur!

Contoh tak best:
"Ahmad, aku nak buat album rock, aku ada idea, aku nak konsepnya MESTI begini"

Pergi MAMPOS dengan dialog di atas!

Contoh best:
"Ahmad, Ni musik aku.Kau dengar.Kau design sahajalah menurut Firasatmu"

Orang seni itu, tugasnya adalah menterjemahkan fakta,cerita,cereka ke dalam medium seninya yang mengasyikkan supaya mesej pertama itu dapat diresapi oleh 'audience' dengan penuh jiwa dan bermakna!

Sebab itulah anda akan mendapati bahawa 'Fan Art','self-oriented Art'(baca:syok sendiri) adalah lebih jujur dan bertenaga berbanding dengan 'paid/forcely/demanded driven art'.

Itu fakta!(bagi aku)

p/s:Mohon maaf kat Cpol banyak-banyak kerana aku banyak KEKANG 'kreativiti' beliau.

Let's get creative and wild!(Tidak melangkaui orbit syarie)

5 comments:

elmaf said...

creative indeed

alqasam said...

kreatf=di luar kotak=inovasi dakwah.

Teruskan akhi Dhuat.

Anonymous said...

takotnye...tengah arah ke ni?
atau lepas geram?

cPoL said...

oiit... nak mintak maaf apa plak hehe...

Abqori said...

Seni bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Ia lahir suci dari dalam jiwa.